Posts

Showing posts from January, 2019

TEMPAT PERKELAHAN BAJET DI TENGAH-TENGAH BANDARAYA JOHOR BAHRU (HUTAN BANDAR MBJB)

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah sebulan saya memuatnaik entri yang lepas dalam blog ini, hari ini baru terdetik di hati saya untuk memuatnaik bicara baru dari pengalaman dan aktiviti yang saya lakukan bersama keluarga. Tujuan saya sekadar berkongsi info tentang sesuatu tempat menurut kacamata dan pandangan peribadi saya. Pada hari cuti umum ataupun cuti hujung minggu,  Para ibu bapa yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang agak pening dan buntu dalam memikirkan tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak menghabiskan waktu cuti. Yalah apa tidaknya di dua bandar ini tempat yang percuma dan berkos rendah untuk membawa anak-anak tidak banyak. Yang paling banyak ialah shopping complexs  yang bertaburan di serata bandar tetapi dia menelan belanja yang agak banyak jika membawa anak-anak ke situ. Biasanya saya membelanjakan tidak kurang dari RM50.00 jika membawa anak-anak ke Shopping Centre . Tambahan pula sekarang di hujung bulan wangi dalam simpanan sema