Posts

Showing posts from October, 2017

Kuala Krai

Image
BANDAR KUALA KRAI Pada setiap tahun saya pasti berkunjung ke Bandar Kuala Krai, Kelantan memandangkan ihu mertua saya menetap di Chuchuh Puteri yang kedudukannya tidak jauh dari bandar kecil tersebut. Kedudukan Bandar Kuala Krai kira-kira 70km dari Kota Bharu dan sumber ekonomi Kuala Krai datangnya dari hasil industri sawit dan getah selain pusat pengeluaran utama bagi buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, dokong, manggis dan juga petai. Jika tuan-tuan memasuki bandar ini pun tuan-tuan pasti melihat replika buah manggis dan buah durian yang menjadi simbolik kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini. Bandar Kuala Krai juga mendapat manfaat sebagai tempat persinggahan rakyat Kelantan dan pelancong luar yang ingin ke Kuala Lumpur atau pun ke Kota Bharu. Maka tidak hairanlah jika tuan-tuan dapati kemudahan yang terdapat di bandar ini hampir menyamai kemudahan yang terdapat di bandar besar lain. Pemandangan Bandar Kuala Krai di jalan utama Kuala Krai - Gua Musang Kaw

Nasi Padang Sofinaz Kuala Terengganu

Image
Apabila saya pulang ke Kuala Terengganu, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Nasi Padang yang paling sedap di Kuala Terengganu iaitu Kedai Nasi Padang Sofinaz yang terletak berhampiran Masjid Putih dan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Saya menggemari masakan padang di kedai ini sejak berumur 10 tahun iaitu sejak tahun 1985. Keistimewaan nasi padang di sini ialah campuran pelbagai jenis kuah dan sambal di dalam nasi. Saya tidak melepaskan peluang untuk membeli nasi berlaukkan sotong dan limpa yang menjadi menu tetap saya pabila berkunjung ke kedai ini. Tetapi tuan-tuan jangan terkejut dengan harga menu saya itu kerana kebiasaan harga yang dikenakan termasuk teh O ais adalah sebanyak RM17.00 memandangkan harga sotong sememangnya mahal. Tetapi harga itu saya rasa berbaloi dengan kesedapan dan kenikmatan ketika menjamu selera. Saya memberi ☆☆☆☆☆ dari segi keenakan rasa. Selamat mencuba

Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu

Image
Dua pohon jambu laut ini terletak di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu. Di bawah pohon ini, saya memujuk diri sendiri setelah gagal melanjutkan ke mana-mana institusi selepas keputusan SPM tahun 1993. Di saat lain-lain rakan meneruskan pengajian, saya gagal menempatkan diri ke mana-mana institusi hatta permohonan ke IKM yang syarat kemasukan sangat minimum itupun saya gagal . Saya mengambil keputusan membantu ayah berniaga buah-buahan di Pasar Maghrib, Bukit Besar dari tahun 1993 hingga awal tahun 1994. Kemudian saya memasuki tingkatan 6 rendah Institut Berakan pada 1994 seterusnya mengambil STPM di Institut tersebut pada tahun 1995. Untuk pengetahuan semua, Institut Berakan merupakan institusi pendidikan Islamik kelolaan swasta. Pada tahun 1996 selepas keputusan STPM keluar, ramai rakan-rakan satu rumah sewa berjaya memasuki maktab perguruan. Saya sekali lagi tersisih. Jadi di bawah pohon inilah tempat saya meratap nasib duduk di buaian sambil mata mengadap Laut China Selat

Murtabak Majid Special Cheese No.1 JB

Image
Penggemar murtabak sekitar Johor Bahru dan kawasan berdekatan boleh cuba menikmati keenakan murtabak cheese meleleh di Murtabak Majid Special Cheese No.1 di Jalan Kurniaan, Kampung Kurnia, Johor Bahru. Pada saya, rasa murtabak ini terbaik dan memenuhi cita rasa dan selera orang Johor tetapi saya sebagai orang pantai timur lebih menggemari murtabak yang dicicah kuah cuka bawang yang berwarna merah. Akan tetapi pencicah ini tidak disediakan di sini. Walau bagaimanapun pelanggan boleh mencicah murtabak ini dengan kuah kacang dhal yang tetap enak dimakan. ☆☆☆☆☆ Murtabak cheese yang kami order di Warung Murtabak Majid Special Mee Rebus Johor juga dijual di warung ini Warung Murtabak Majid Special Cheese No.1 Johor Bahru menerima ramai pengunjung setiap hari

Presint Rambai

Image
Lot-lot perkedaian Presint Rambai yang dapat dilihat melalui aras 4 Bangunan SK Kota Masai

Nama Kota Masai ke Eco Tropics

Image
Sejak pemaju perumahan terkenal EcoWorld membeli kepentingan Focal Aims di Kota Masai, kawasan ini mula berubah wajah. Pasaran hartanah meningkat meningkat hampir sekali ganda. Bayangkan ketika saya datang ke sini pada tahun 2009, harga rumah boleh didapati dengan serendah RM25k bagi rumah kos rendah dan 80k bagi rumah kos sederhana. Baru-baru ini, kawan saya membeli rumah lama kos rendah pada harga 160k. Sejak EcoWorld mengambil alih juga nama Kota Masai ditukar menjadi Eco Tropics.

Pagi di Kota Masai

Image
Suasana pemandangan waktu pagi dari Aras 3 Bangunan SK Kota Masai. Sudah hampir 9 tahun saya berada di sini.

Kota Masai ( Eco Tropics)

Image
Saya tiba buat pertama kali di Kota Masai pada 30 Disember 2008 pada jam 3.00 petang. Pada masa itu, Kota Masai sebuah pekan kecil tetapi mempunyai penduduk yang ramai. Kota Masai terletak kira-kira 7.5 km dari Bandar Pasir Gudang dan 33 km dari Bandaraya Johor Bahru. Di sini terdapat beberapa petempatan penduduk mengikut nama-nama jalan iaitu :- 1. Jalan Betik 2. Jalan Ciku 3. Jalan Bacang 4. Jalan Duku 5. Jalan Durian 6. Jalan Tembikai 7. Jalan Nenas 8. Jalan Jambu 9. Jalan Mangga 10. Jalan Pulasan 11. Jalan kuini 12. Jalan Cermai 13. Jalan Rambai 14. Jalan Markisa 15. Bandar Bistari Perdana Selain itu, terdapat beberapa pusat perniagaan yang menempatkan lot-lot kedai yang juga mengikut jalan-jalan iaitu :- 1. Perkedaian Jalan Betik 2. Perkedaian Jalan Bacang 3. Perkedaian Jalan Tembikai 4. Perkedaian Jalan Mangga 5. Perkedaian Jalan Rambai 6. Perkedaian Jalan Jambu 7. Ecotropics Business Park Di Kota Masai juga te

Biodata Diri

Image
Nama : Amizam bin Mohamed Kerjaya : Guru Umur : 42 Tahun Asal : Terengganu Menetap : Pasir Gudang, Johor Pendidikan : Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian (UUM, Sintok) (2004)  dan Diploma Perguruan Malaysia (KPLI 2008) (IPGSM)