Posts

Showing posts from August, 2019

KELEBIHAN TRAVEL BERSAMA ANAK-ANAK KECIL

Image
Seringkali kita ingin melakukan travel terutamanya ketika cuti panjang. Namun bukan semua orang mampu melakukannya atas beberapa faktor seperti kekangan kewangan, pengangkutan, komitmen pasangan yang berlainan karier, ketidakupayaan fizikal dan sebagainya.  Kita pahat kisah di segenap ruang waktu agar ia diingati oleh orang yang melaluinya. Hidup berkeluarga hanya ketika anak-anak masih kecil. Kelak bila dewasa, mereka akan punya keluarga dan kehidupan sendiri - KLCC, Julai 2019 Mungkin salah satu halangan membuatkan kita berfikir panjang untuk travel adalah anak-anak kecil. Pengurusan anak-anak kecil ketika mengembara dilihat rumit kerana hampir 100% perlu ditangani oleh ibu bapa. Anak-anak ini semestinya dalam apa jua hal tidak mampu melakukannya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.  Namun saya tidak mahu bercerita tentang halangan-halangan tersebut tetapi sebaliknya mahu mengulas tentang kelebihan melakukan travel bersama-sama anak kecil.  Antara keleb

JALAN MANGGA, TAMAN KOTA MASAI

Image
Assalamualaikum w.b.t Rasa ingin menulis tentang Jalan Mangga, Taman Kota Masai tetapi mood belum ada. Rasa letih baru pulang dari Kelantan sempena cuti raya haji masih belum hilang. Nanti bila dah cergas saya mula menulis tentang tajuk ini. Sementara itu, para pengunjung sekalian boleh membaca lain-lain entri dalam blog ini terlebih dahulu. Sekian, terima kasih Kedai mencuci kereta di Jalan Mangga, Taman Kota Masai.