Posts

Showing posts from July, 2018

Saya, catur dan MSSD Pasir Gudang

Image
Pada tahun ini sekali lagi saya dipelawa oleh Pengerusi Teknik Catur Pasir Gudang untuk berada dalam Kontinjen MSSD untuk ke MSSJ yang dilangsung di Daerah Segamat. Sebenarnya saya mahu berehat pada tahun ini.Tapi memandangkan Cikgu Zul (PT Catur) meminta juga saya pergi, saya akur. Pertama kali saya menyertai pasukan Catur Pasir Gudang Pada 2012 ketika itu Kejohanan MSSJ diadakan di Mersing. Terima kasih pada Cikgu Zul kerana sentiasa memberi saya peluang. Melalui peluang itu, saya mendapat pengalaman tentang teknik latihan serta dapat berkenalan dengan guru-guru hebat catur serta jurulatih profesional sekitar Johor Bahru. Aksi gaya bebas dilakukan oleh pegawai dan pemain kontinjen ketika meraikan kejayaan merangkul johan keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut KRONOLOGI 9 - 11 Julai 2018 Latihan Pusat telah diadakan selama tiga hari di SK Taman Daya, Johor Bahru. Latihan ini bertujuan untuk membuat persiapan akhir seperti melengkapkan dokumen-dokumen kejoh