Posts

Showing posts from May, 2019

TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU : PESISIR PAYANG LOKASI SESUAI UNTUK VIEW DRAWBRIDGE TERENGGANU (JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU)

Image
AHAD, 26 JANUARI - Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Terengganu dikatakan sebagai jambatan angkat terpanjang di dunia dengan jarak kira-kira 632 meter. Ketinggian pula mencecah 12.5 meter dari aras laut. Jambatan ini mempunyai 4 menara sokongan setinggi 15 tingkat di kiri dan kanannya. Ia boleh diangkat di bahagian tengah untuk membolehkan kapal bersaiz besar dan tinggi melaluinya untuk keluar-masuk ke Kuala Terengganu. Drawbridge ini mula dibina pada Ogos 2014 membabitkan kos RM248 juta. Laluan ini menghubungkan bahagian utara muara Sungai Terengganu iaitu  Kampung Seberang Takir dan bahagian selatan muara sungai iaitu Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. Pemandangan Drawbridge pada pukul 8.00 malam. Pemandangan waktu senja Drawbridge Terengganu. Saya pernah tinggal di sini selama tiga tahun 1984-1986. Tapi ayah dan emak duduk di sini sejak tahun 1983 lagi. Tahun 1983 saya duduk bersama datuk dan nenek di Kampung Fikri, Setiu. Jambatan Angkat pada jam 6.30 pet