Posts

Showing posts with the label Kuala Krai

TRAVELOGUE 10 : HARI KELIMA DAN KEENAM (CHUCHOH PUTERI)

Image
SEKERAT JALAN (EPISOD AKHIR) 15.12.2017 - 16.12.2015 (Jumaat - Sabtu) GUA MUSANG - SINDIYAN - CHUCHUH PUTERI - KOTA BHARU Pada kali ini saya akan rangkumkan sekalu catatan perjalanan kami untuk hari kelima dan keenam. Ingatan saya terhadap perkara-perkara yang saya lihat, yang saya alami dan yang saya rasai sepanjang perjalanan pada hari kelima dan keenam semakin berkurang. Lagi pun saya perlu mempercepatkan catatan ini kerana musim cuti sekolah sudah ke penghujung. Saya perlu kembali ke Pasir Gudang pada minggu hadapan untuk persiapan sesi persekolahan sesi 2018. Malam sebelum itu, kami tidur di rumah PPR Gua Musang yang ditumpangi oleh mummy kepada kami. Rumah yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah itu boleh dikatakan agak selesa juga. Ia mempunyai 3 bilik yang agak sempit dan sesuai dengan harganya. Kawasan perumahan itu boleh dikatakan masih baharu kerana ia baru tiga tahun diduduki. Mummy dan suaminya tidak tinggal di situ kerana rumahnya yang terletak di...

Kuala Krai

Image
BANDAR KUALA KRAI Pada setiap tahun saya pasti berkunjung ke Bandar Kuala Krai, Kelantan memandangkan ihu mertua saya menetap di Chuchuh Puteri yang kedudukannya tidak jauh dari bandar kecil tersebut. Kedudukan Bandar Kuala Krai kira-kira 70km dari Kota Bharu dan sumber ekonomi Kuala Krai datangnya dari hasil industri sawit dan getah selain pusat pengeluaran utama bagi buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, dokong, manggis dan juga petai. Jika tuan-tuan memasuki bandar ini pun tuan-tuan pasti melihat replika buah manggis dan buah durian yang menjadi simbolik kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini. Bandar Kuala Krai juga mendapat manfaat sebagai tempat persinggahan rakyat Kelantan dan pelancong luar yang ingin ke Kuala Lumpur atau pun ke Kota Bharu. Maka tidak hairanlah jika tuan-tuan dapati kemudahan yang terdapat di bandar ini hampir menyamai kemudahan yang terdapat di bandar besar lain. Pemandangan Bandar Kuala Krai di jalan utama Kuala Krai - Gua Musang Kaw...