TRAVELOGUE 5 : HARI KETIGA (BUKIT MERAH WATERPARK)
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 13 Disember 2017 (Selasa), Hari Ketiga Laluan Keliling Pulau Pinang - Pinggir Ipoh (160 KM) Pengajaran dari melancong ke Pulau Pinang adalah membuat bacaan terlebih dahulu tentang Pulau Pinang. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal di sini atau pernah belajar dan bekerja di sini. Dalam part sebelum ini saya tertinggal beberapa cerita penting akan tetapi lebih elok biarkan sahaja. Nanti penceritaan ini tidak mengikut plot masa. Ok dalam pada itu, kenderaan kami telah pun menaiki jambatan untuk keluar dari tanah pulau. Sebelum menyeberangi jambatan tadi, sebuah kereta peronda JPJ melakukan sekatan jalan raya. Saya cukup fobia dengan JPJ ni. Sudah dua kali saya dikenakan saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Hangus duit abang RM600.00 bayar dua saman itu. Tapi kali ini saya sudah bersedia jadi tidak apa yang perlu ditakutkan. Sebaik sahaja keluar dari Jambatan Pulau Pinang, saya ingat akan dikenakan tol lagi...