Posts

Showing posts from 2018

BERCUTI DI PEKAN GOLOK, TAKBAI SERTA MAKAN MEE UDANG GUA IKAN

Image
Alhamdulillah cuti persekolahan akhir tahun 2018 masih dinikmati seperti tahun-tahun sudah. Setiap kali muncul bulan Disember ramai guru seperti saya menunggu peluang untuk bercuti panjang. Saya dan keluarga seperti biasa pantang ada cuti, kami mengambil peluang untuk pulang ke rumah di Kota Bharu. Bagi kami pulang ke rumah Kota Bharu sama seperti melancong ke tempat lain kerana perjalanannya memakan jarak lebih 700 kilometer dan menghabiskan masa selama 11 jam untuk sampai. Berehat di kaki lima Pasar Pekan Tak Bai bersama Aisyah, Aimy dan Hud Naufal Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada cuti kali ini, hanya beberapa majlis kecil dan juga berkunjung ke tempat yang berdekatan. Keadaan ekonomi yang tidak berapa bagus adalah lebih baik meminimalkan aktiviti yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak tambahan pula perbelanjaan perlu diagihkan untuk membeli kelengkapan persekolahan tiga orang anak saya. Kebiasaan cuti panjang ini, saya menghantar tiga anak saya pergi men