Posts

Showing posts with the label kukup

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 1 : KE HUJUNG DUNIA (TANJUNG PIAI)

Image
TAMAN KOTA MASAI - TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI (100KM) PASIR GUDANG, 3 FEBRUARI 2019 - Cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina 2019 tiba lagi.  Tidak seperti tahun-tahun lepas, biasanya jika cuti panjang begini saya tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Tetapi pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membawa keluarga bercuti di kawasan sekitar Johor dan beberapa buah negeri di Barat Semenanjung. Kembara kali ini saya namakan sebagai Hud & Siblings Tour sempena nama anak kecil saya Hud Naufal.Tujuan penjelajahan ini untuk memberi pengalaman dan pengenalan kepada anak-anak saya kepada sesuatu tempat yang menjadi tumpuan orang, lokasi bersejarah negara dan juga tempat lahir asal keturunan keluarga. Selain itu juga saya ingin memperkenalkan anak-anak saya kepada sanak saudara mereka yang berada di Perak agar hubungan ini tidak terputus jika saya sudah tiada suatu hari nanti. BERMULANYA PENGEMBARAAN KAMI Pada 3 Februari 2019 saya dan k...