Posts

Showing posts from December, 2019

ITINERARI BAJET 2019 : HARI KEDUA DARI KANGAR KE PADANG BESAR, ALMA MATER UUM, PANTAI MERDEKA DAN LUMUT

Image
KANGAR, 14 Disember 2019 - Setelah mengharungi perjalanan panjang semalam dan dapat berehat di bilik hotel. Pagi ini tubuh berasa segar sedikit seolah-olah baru menogok sebotol tonik. Salah satu view di Warung Tepi Sawah, Kangar, Perlis Timeline hari kedua BERHENTI SEKEJAP DI DENAI LARIAN PENGKALAN ASAM Hari saya bangun seawal jam 6.30 pagi. Solat subuh sambil mengejutkan yang lain-lain. Rasa rugi duduk dalam bilik hotel lama-lama walaupun masa untuk check out tu masih lama. Pun begitu dalam keadaan mereka yang keletihan agak liat juga nak bangun. Disaat waktu menghampiri jam lapan setengah pagi Barulah Mereka semua siap. Kami check out pada pukul 9 pagi. History Hotel waktu siang View Bandar Kangar dari Bilik 216 Checking out dari hotel lebih kurang 9.00 pagi Turun hotel Saya teringat semalam yang Awang memberitahu saya kalau nak sarapan elok pergi warung tepi sawah. Saya membuat carian dalam Google berkenaan warung tersebut. Okey cantik waru