Posts

Showing posts from May, 2018

GE14 - Dari kaca mata rakyat kecil

Image
Assalamualaikum semua, PRU14 baru sahaja selesai dan kira-kira 9.30 malam tadi (10 Mei 2018) Tun Dr. Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Saya agak terkejut dengan kekalahan teruk BN di semua negeri kecuali di Perlis, Sabah, Pahang dan Sarawak tetapi menerima keputusan yang telah dibuat rakyat ini. Bagi saya mungkin inilah masanya bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa bukan hanya BN yang mampu dan pandai memerintah. Selepas ini Pakatan Harapan bukan lagi dalam posisi pengkritik dasar kerajaan tetapi sebaliknya sebagai pihak yang menjawab kritikan seperti mana yang mereka lakukan terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Saya singgah di Masjid Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Rusila Marang dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang ke  Kota Bharu. Penulisan saya pada kali ini, ingin mengutarakan pandangan saya faktor mengapa Kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU14. 1. Pelaksanaan GST Ini adalah faktor utama