TRAVELOGUE 6 : HARI KETIGA (LABU SAYONG KUALA KANGSAR)
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 13 Disember 2017 (Selasa), Hari Ketiga Laluan Taman Rekreasi Gunung Lang - Chemor - Sg. Siput -Kuala Kangsar (46 KM) Sambungan dari part.2 tadi. Selepas kami makan dan berehat di RNR Sg. Perak kami meneruskan perjalanan ke arah selatan. Pada mula, niat saya untuk keluar dari tol Ipoh Utara dan masuk kembali ke lebuhraya kemudian ke arah utara untuk ke Kuala Kangsar. Akan tetapi yang merubah fikiran saya untuk tidak berbuat demikian kerana dalam perjalanan kami dari RNR Sg. Perak ke Tol Ipoh itu, kami terpaksa meredah laluan berbukit yang mana saya melihat kereta myvi yang dipandu oleh biras saya begitu gayat. Melihat keadaan itu, saya memperlahanan kenderaan dengan lorong paling kiri mengekori lori-lori treler. Had kelajuan yang saya pandu masa itu di bawah 60km/h agar saya dapat terus memantau pergerakan myvi yang dipandu biras saya itu. Dalam perjalanan itu, anda akan memasuki satu terowong yang membelah bukit. Tetapi and...