Posts

Showing posts from March, 2018

GARIS MASA

Image
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi berkongsi gambar-gambar lama bagi membolehkan saya mengenang kembali kenangan indah lalu. Sayangnya saya tidak mempunyai gambar sekitar tahun 1975 hingga 1983. TAHUN 1984 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 3A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 5A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986   Bergambar di tepi Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ketika mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya masih ingat emak memberi saya $1.00 (dulu nilai bukan RM tapi $) sebagai bekalan untuk lawatan ini. Saya membeli nasi kuning berharga 30 sen untuk dimakan masa lawatan itu. Pada masa ini, saya tinggal di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. TAHUN 1987   Saya (bertanda) ketika dalam tahun enam (Kelas 6A2). Al-fatihah buat Almarhumah Cikgu Napisah, semoga rohnya dicucuri rahmat. TAHUN 1987