Posts

Showing posts from December, 2017

TRAVELOGUE 10 : HARI KELIMA DAN KEENAM (CHUCHOH PUTERI)

Image
SEKERAT JALAN (EPISOD AKHIR) 15.12.2017 - 16.12.2015 (Jumaat - Sabtu) GUA MUSANG - SINDIYAN - CHUCHUH PUTERI - KOTA BHARU Pada kali ini saya akan rangkumkan sekalu catatan perjalanan kami untuk hari kelima dan keenam. Ingatan saya terhadap perkara-perkara yang saya lihat, yang saya alami dan yang saya rasai sepanjang perjalanan pada hari kelima dan keenam semakin berkurang. Lagi pun saya perlu mempercepatkan catatan ini kerana musim cuti sekolah sudah ke penghujung. Saya perlu kembali ke Pasir Gudang pada minggu hadapan untuk persiapan sesi persekolahan sesi 2018. Malam sebelum itu, kami tidur di rumah PPR Gua Musang yang ditumpangi oleh mummy kepada kami. Rumah yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah itu boleh dikatakan agak selesa juga. Ia mempunyai 3 bilik yang agak sempit dan sesuai dengan harganya. Kawasan perumahan itu boleh dikatakan masih baharu kerana ia baru tiga tahun diduduki. Mummy dan suaminya tidak tinggal di situ kerana rumahnya yang terletak di

TRAVELOGUE 9 : HARI KEEMPAT (AIR TERJUN GUNUNG STONG, GUA MUSANG)

Image
GUNUNG RENG ADA KISAHNYA 14.12.2017 (Khamis) KG BATU MELINTANG - BANDAR GUA MUSANG (112 KM) Selepas selesai solat di surau kedai makan Batu Melintang, kami bergerak semula. Kami bukannya bergerak untuk pulang ke rumah sebaliknya mahu menyambung percutian kami di Cameron Highland. Lagipun biras saya itu makin bersemangat kerana keretanya telah siap dibaikpulih oleh mekanik di Kampung Batu Melintang. Bekalan pakaian yang dibawa pun semua telah dicuci pada pagi itu di Kuala Kangsar. Jadi perjalanan kami pada petang ini (4.30 petang) agak lancar. Saya bingkas berpesan kepada biras agar memandu keretanya dalam 'run-in' (pantang) kerana head enjin keretanya baru dimesin untuk diratakan permukaan yang bengkok itu belum serasi dengan dinding pelapik (gasket)  dan gam. Sudah tentu terdapat ruang salah padan dalam enjin yang menyebabkan ada ketirisan kecil dan halus yang kita tidak nampak. Jadi saya berpesan agar membawa 'slow-slow' untuk 500km pertama ini. Sebenar

TRAVELOGUE 8 : HARI KEEMPAT (JALAN TIMUR-BARAT GERIK)

Image
PENGORBANAN DALAM KENANGAN 14.12.2017 (Khamis) LALUAN GERIK - JELI (125 KM) Selepas berhenti rehat di stesen minyak shell sambil makan jambu dan mangga potong yang dicicah dengan kuah rojak Mak Bee, kami beredar menuju ke Jeli, Kelantan. Isteri dan anak-anak agak ralit dengan santapan maggi cup yang dibelinya di stesen minyak itu tadi. Laluan Timur - Barat yang kami lalui itu merupakan jalan yang agak sunyi walaupun banyak juga kenderaan yang lalu lalang terutama kenderaan dari negeri-negeri utara semenanjung yang mahu ke timur dan begitu juga sebalik. Laluan ini dibuka secara rasmi pada tahun 1982 setelah menempuh pelbagai onak duri sebelum berjaya disiapkan. Pembinaannya oleh kerajaan mempunyai strategi serampang dua mata iaitu pertama jalan pintas perhubungan antara timur dan barat semenanjung. Yang kedua sebagai strategi membendung ancaman komunis yang berleluasa di kawasan itu. Sewaktu negara masih dalam ancaman komunis (sebelum tahun 1989), kawasan Baling, Pengkalan Hulu

TRAVELOGUE 7 : HARI KEEMPAT (MEE KICAP WANTAN KUALA KANGSAR)

Image
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 14 Disember 2017 (Khamis), Hari Keempat Laluan Kuala Kangsar - Kg. Batu Melintang, Jeli (207 km) Tidur di Ezi Inn sedikit nyenyak berbanding tidur di lain-lain tempat sebelum ini. Mungkin kerana faktor keletihan yang melampau menyebabkan tidur menjadi sedikit berkualiti. Pagi itu saya berasa sedikit segar dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Tambahan pula graf pengembaraan kami ke arah menurun iaitu kembali ke rumah. Seperti biasa kami bersiap awal untuk bertolak ke Jeli. Selepas mandi dan solat subuh, saya tutun dari hotel lebih awal untuk menambah air ke dalam bateri kereta saya. Selepas menambah air bateri, saya ke kedai mamak yang terletak di 'end lot' bangunan. Saya memesan dua keping roti canai kosong serta secawan air nescafee tarik. Sementara menunggu ahli yang lain siap saya makan sambil melihat gelagat penduduk tempatan di situ. Setelah setengah jam di kedai itu, sayĆ  bergerak semula ke hotel untuk

TRAVELOGUE 6 : HARI KETIGA (LABU SAYONG KUALA KANGSAR)

Image
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 13 Disember 2017 (Selasa), Hari Ketiga Laluan Taman Rekreasi Gunung Lang - Chemor - Sg. Siput -Kuala Kangsar (46 KM) Sambungan dari part.2 tadi. Selepas kami makan dan berehat di RNR Sg. Perak kami meneruskan perjalanan ke arah selatan. Pada mula, niat saya untuk keluar dari tol Ipoh Utara dan masuk kembali ke lebuhraya kemudian ke arah utara untuk ke Kuala Kangsar. Akan tetapi yang merubah fikiran saya untuk tidak berbuat demikian kerana dalam perjalanan kami dari RNR Sg. Perak ke Tol Ipoh itu, kami terpaksa meredah laluan berbukit yang mana saya melihat kereta myvi yang dipandu oleh biras saya begitu gayat. Melihat keadaan itu, saya memperlahanan kenderaan dengan lorong paling kiri mengekori lori-lori treler.  Had kelajuan yang saya pandu masa itu di bawah 60km/h agar saya dapat terus memantau pergerakan myvi yang dipandu biras saya itu. Dalam perjalanan itu, anda akan memasuki satu terowong yang membelah bukit. Tetapi anda pe

TRAVELOGUE 5 : HARI KETIGA (BUKIT MERAH WATERPARK)

Image
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 13 Disember 2017 (Selasa), Hari Ketiga Laluan Keliling Pulau Pinang - Pinggir Ipoh (160 KM) Pengajaran dari melancong ke Pulau Pinang adalah membuat bacaan terlebih dahulu tentang Pulau Pinang. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal di sini atau pernah belajar dan bekerja di sini. Dalam part sebelum ini saya tertinggal beberapa cerita penting akan tetapi lebih elok biarkan sahaja. Nanti penceritaan ini tidak mengikut plot masa. Ok dalam pada itu, kenderaan kami telah pun menaiki jambatan untuk keluar dari tanah pulau. Sebelum menyeberangi jambatan tadi, sebuah kereta peronda JPJ melakukan sekatan jalan raya. Saya cukup fobia dengan JPJ ni. Sudah dua kali saya dikenakan saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Hangus duit abang RM600.00 bayar dua saman itu. Tapi kali ini saya sudah bersedia jadi tidak apa yang perlu ditakutkan. Sebaik sahaja keluar dari Jambatan Pulau Pinang, saya ingat akan dikenakan tol lagi