Posts

Showing posts with the label banda hilir

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 5 : MELALUI BECA GERGASI MUAR, BANDAR HILIR, PANTAI PENGKALAN BALAK DAN PORT DICKSON

Image
BANDAR MAHARANI - PORT DICKSON (135 KM) Replika Beca Gergasi di Kesang, Muar, Johor sempadan Johor - Melaka BANDAR MAHARANI, 4 Februari 2019 - Kami check out Hotel pada pukul 8.00 pagi kemudian kami bergerak menuju ke Melaka melalui Jalan pintasan ke Sungai Rambai singgah di Taman Seri Terap untuk bersarapan di sebuah warung. Saya mengambil sarapan nasi lemak berlaukkan telur sambal dan daging rendang manakala isteri mengambil sarapan kuetiau goreng dicampur dengan mi goreng. Saya mengenakan teh tarik antara dua anak saya saya memesan teh o ais manakala isteri hanya minum air suam sahaja. Bersarapan di sebuah warung berhampiran Taman Seri Terap tepi laluan pintasan ke Melaka. Jambatan Muar yang kami lalui menuju ke Sempadan Melaka Selepas bersarapan saya memandu kereta menuju arah Sungai Rambai Melaka melalui Jalan pintasan Bandar Maharani-Jalan Tangkak. Sempadan yang memisahkan antara Johor dan Melaka adalah sebatang Sungai. Di situ terdapat sebuah Replika Beca...