Posts

Showing posts from February, 2019

MELEWATI REMBAU, MENJEJAKI SEREMBAN, MENYINGGAHI KUALA LUMPUR SERTA MELENCONG KE KUANTAN

Image
BERGERAK KE NEGERI SEMBILAN Ini adalah sambungan cerita cuti-cuti Melaka pada Cuti Tahun Baru Cina 2018. Boleh rujuk pada link ini untuk membaca cerita sebelumnya.《 SARAPAN ROTI CANAI KAYU ARANG 》 MELAKA, 16 FEBRUARI 2018 - Lebih kurang jam 10 pagi, saya memandu kereta keluar dari Bandar Melaka menuju Negeri Sembilan. Target saya adalah untuk ke Kuala Pilah kerana saya pernah tertarik dengan satu program dalam televisyen mengenai Kuala Pilah. Seperti biasa saya menggunakan google maps untuk membantu saya menjejaki Kuala Pilah. google maps ini telah membawa saya melalui jalan Durian Tunggal. Ketika melalui kawasan ini, saya melihat kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pohon sawit samada yang sudah matang atau pun yang masih baru ditanam. Hasrat untuk ke Kuala Pilah tidak kesampaian kerana faktor merasakan jalan ke situ agak sunyi dan saya memilih melalui Jalan Rembau, Jalan di atas saya lalui dari Warung Roti Canai Dapur Arang, Bakar Batu melalui Durian Tunggal. Perjal

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 13 (AKHIR) : WARUNG CENDOL ATOK SUNGAI BESAR

Image
LUMUT - KLANG (242 KM) Isteri dan Wafiy menikmati Set Talam Bajet yang berharga RM35.00 ketika singgah di Warung Atok Cendol, Sungai Besar, Kuala Selangor LUMUT, 07 FEBRUARI 2019 - Selepas bergambar di Lumut Waterfront, saya meneruskan perjalanan pada jam 11.25 pagi. Pada mulanya saya mahu singgah di rumah Rafidah Ahmad, rakan sekerja sewaktu beliau mengajar di Kota Masai. Namun pada awal tahun 2016 telah berpindah ke Manjung kerana mengikuti suaminya yang bekerja sebagai Navy TLDM di Lumut. Akibat masalah komunikasi, saya tidak dapat melakukan kunjungan sebaliknya meneruskan perjalanan melalui Jalan Sitiawan - Seberang Perak seterusnya melalui Jalan Sabak Bernam. Cuaca pada ketika ini sangat panas namun bernasib baik kerana jalan di laluan ini tidak sesak. Saya memilih laluan Jalan Persekutuan Teluk Intan - Kuala Selangor ketika perjalanan pulang ke Johor Bahru Jarak antara Lumut ke Klang adalah sejauh 242 km mengikut jarak ukuran google maps. Walaupun jalan tidak s

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 12 : GAMIT KENANGAN DI PANGKOR

Image
SUNGAI PINANG BESAR - JETI PANGKOR (2 KM) SUNGAI PINANG BESAR, PANGKOR, 7 FEBRUARI 2019 - Sebelum pulang saya melawat dalam kampung Sungai Pinang Besar dengan tujuan untuk berkunjung ke rumah ibu saudara saya Mak Teh atau yang keluarga saya panggil sewaktu kecil Che Dah. Terkejut juga apabila sekitar kawasan rumahnya sedang dibangunkan projek perumahan sederhana mewah. Pada masa itu saya merasakan beliau tidak lagi tinggal di situ. Saya biarkan persoalan ini terbuku sementara saya bertanyakan tentang hal itu kepada Paksu Isa. Jeti Nelayan Sungai Pinang Besar adalah pusat kegiatan perikanan kecil masyarakat Melayu di Pulau Pangkor Ikan talang masin yang di jemur di jeti nelayan Saya melawat rumah yang pernah arwah Tokwan Siron (datuk) dan Tok Sariah (nenek) tinggal dulu. Rumah itu separuh batu dan separuh kayu. Dahulu rumah itu seratus peratus kayu (pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an). Ruang utama rumah pada masa itu agak tinggi. kolongnya mencecah paras kepala, Sekaran