Posts

Showing posts from September, 2019

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

Image
BERAKTIVITI DI KEM KAIZEN GUNUNG PULAI Pada 19 hingga 21 September 2019, Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang telah mengadakan aktiviti 'perkhemahan' di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian Johor. Pintu masuk ke Kem Kaizen 2019 Kedudukan Kem Kaizen dari Kota Masai sebenarnya agak jauh. Jaraknya kira-kira 70 kilometer dengan masa yang diambil untuk ke sana lebih kurang 1 jam.  Saya yang bertugas bagai Ketua AJK BBQ turut serta dalam aktiviti ini. Tambahan anak sulung saya iaitu Wafiy turut mengambil bahagian. Saya tiba di Kem Kaizen pada jam 6.00 petang, 20 September 2019 Tugas sebagai Ketua AJK BBQ saya pegang sejak melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah pada tahun 2016. Bermula dari tahun itulah setiap kali camping sekolah diadakan, saya akan membakar ayam-ayam untuk peserta dan guru bertugas. KEMUDAHAN TERDAPAT DI KEM KAIZEN Menurut cerita yang saya dengar Kem Kaizen sudah beroperasi lebih 20 tahun iaitu sejak tahun

TEMPAT MENARIK DI KLUANG, JOHOR : GUNUNG LAMBAK WATER PARK

Image
Sempena cuti bertindan antara perayaan kemerdekaan negara dan sambutan Maal Hijrah pada hujung minggu ini membuatkan anak-anak dan isteri tertanya-tanya ke mana destinasi Saya hendak saya bawa. Rasa penat balik bercuti pada raya haji yang lalu masih lagi belum hilang. Bergambar di tempat letak kereta Gunung Lambak Water Park Rasa sakit sakit bahagian belakang badan berpunca dari slip disc sejak tahun lepas kembali menyerang. Tidak dengan itu Kepala rasa seperti terhuyung-hayang. Berdiri rasa mahu rebah. Saya tidak tahu adakah ini tanda simptom-simptom penyakit darah tinggi. Tapi beberapa tahun lepas doktor klinik ada menyatakan saya mempunyai penyakit darah rendah. Mungkin Itulah agaknya. Semalam pada 31 Ogos saya memberitahu anak-anak yang akan membawa mereka mandi manda di Gunung Lambak Water Park yang terletak di Kluang. Mengikut pengiraan Google Maps untuk saya sampai ke sana memakan masa hampir dua jam. Untuk tahun ini saya telah beberapa kali pergi ke Kluang mela