HUD & SIBGLINGS TOUR BAHAGIAN 3 : MEMBELI KEREPEK DI AZHAR FOOD MANUFACTURING RENGIT
PASAR KARAT RENGIT - AZHAR FOOD (3 KM) RENGIT, 3 FEBRUARI 2019 - Lebih kurang pada pukul 1.30 tengah hari kami bergerak keluar untuk meneruskan perjalanan ke bandar Muar. Tidak jauh dari pasar karat ini terdapat sebuah gudang yang menjual pelbagai jenis kerepek dan jajan tradisional yang terkenal di daerah ini dan Johor Bahru iaitu Azhar Food. Kaum Tionghua turut datang ke Azhar Food untuk membeli kerepek dan jajan sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu Cina Sebenarnya tidak susah untuk mencari gudang ini kerana kedudukannya betul-betul di tepi jalan utama Pontian-Batu Pahat. Saya sebenarnya Sudah beberapa kali datang ke sini untuk membeli kerepek dan kuih tradisional terutamanya pada musim perayaan Hari Raya Puasa. Walaupun kedudukannya agak jauh dari Pasir Gudang tetapi tarikan kedai ini dari segi harga dan pelbagai jenis kerepek dan kuih tradisional yang sukar didapati menjadikan pembelian di sini sangat berbaloi. Kedudukan Gudang Azhar Food di Rengit ...