Posts

Showing posts from July, 2019

HIKAYAT AWANG HITAM

Oleh : Amizam bin Mohamed Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh dan selamat sejahtera buat para pengunjung blog saya sekalian. PENGENALAN Hari ini saya akan menulis blog di luar konteks yang biasa saya lakukan. Pada kali ini saya akan olah semula cerita yang pernah saya dengar suatu kecil. Cerita ini diceritakan oleh kawan baik saya yang tinggal berhampiran dengan rumah sewaktu kecil dahulu. Nama kawan saya tersebut adalah Arshad. Saya sendiri pun sudah Begitu lama tidak berjumpa dengannya kerana sejak berumur 14 tahun lagi (1990) beliau telah berhijrah ke Klang dan bekerja di kilang Kayaba iaitu kilang membuat fork motosikal. Cerita ini bolehlah dikategorikan sebagai cerita rakyat yang disampaikan dari mulut ke mulut. Sebab itulah saya cuba mengolah kembali serya menokok tambah cerita yang saya dengar lebih 30 tahun yang lalu ini supaya ia tidak luput ditelan zaman. HIKAYAT AWANG HITAM Bab 1 : Akob dan Enab Alkisah tersebut kisah di zaman dahulu di sebua

TRIP KE KARNIVAL BUKU KARNIVAL JUALAN GUDANG KARANGKRAF 2019 DI KARANGKRAF MALL SEKSYEN 15, SHAH ALAM.

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Dalam entri terbaru ini saya akan menceritakan tentang trip ke Karangkraf, S15 Shah Alam. 25.7.2019 (Khamis, 5.00 Petang) Beberapa hari yang lepas isteri ada mengajar saya untuk ke karnival buku karangkraf yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga Ogos 2019. Isteri saya merupakan 'hantu' novel. Memang setiap tahun akan spend ratusan ringgit untuk membeli novel. Saya meninjau buku-buku seram tulisan Ramli Awang Mursyid. Menurut isteri, harganya tidak turun begitu banyak walaupun terbitannya sudah lama.  Dalam karnival jualan buku ini, harga  novel serendah RM1.00 ditawarkan buat para pengunjung. Ini menarik perhatian isteri saya dan kakaknya untuk datang ke sini. Kalau diikutkan jarak antara Kota Masai dan Seksyen 15 SA lebih 350 km, rasa tidak berpadanan jika hanya datang semata-mata untuk membeli novel atau buku. Kos petrol dan tol sahaja pun boleh mencapai RM300.00. Itu belum dikira makan dan lai

KONTINJEN CATUR MSSD PASIR GUDANG MENJULANG KEJUARAAN KEJOHANAN CATUR MSS JOHOR BUAT TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat para pengunjung blog perjalanan hidup sekalian. Hari ini saya akan merakam detik manis ketika bersama Kontinjen catur MSSD Pasir Gudang bagi tahun 2019 dalam penyertaan di Kejohanan Catur MSSJ yang berlangsung di Daerah Tangkak minggu lepas. Kontinjen Catur MSSD Pasir Gudang merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut Kejohanan ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Kesang, Tangkak. Banner kejohanan yang digantung di pintu masuk SMA Lughatul Quran, Kesang Tasik, Tangkak SMA Lughatul Quran, Kesang Tasik, Tangkak menjadi venue kejohanan Catur MSSJ 2019. SEKALI LAGI MENYERTAI BARISAN KEPEGAWAIAN CATUR MSSD PASIR GUDANG Seperti biasa sejak lima tahun yang lalu saya telah dilantik oleh Pengerusi Teknik catur Daerah Pasir Gudang iaitu Cikgu Zulkipli Daud sebagai sebahagian dari barisan kepegawaian Kontinjen Catur MSSD Pasir Gudang. Sebenarnya ini kali keenam saya