Posts

Showing posts with the label muar

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 4 : KEENAKAN BURGER DI AJAK BURGER BANDAR MAHARANI

Image
AZHAR FOOD - BANDAR MAHARANI (86 KM) BATU PAHAT, 3 FEBRUARI 2019 - Cuaca pada hari ini sangat panas. Panas terasa seawal jam 9.00 pagi di Taman Negara Tanjung Piai hinggalah semasa kami memasuki Pasar Karat Rengit dan Azhar Food. Pedihnya seperti menyiat-nyiat kulit. Tugu Mahkota Muar di Bulatan Sulaiman menandakan imej Muar sebagai Bandar Diraja Gambar dari dalam kereta Tugu Batu Pahat dalam pusat bandar Saya bergerak dari Azhar Food melintasi ke Bandar Batu Pahat untuk ke Bandar Maharani, Muar. Ini pertama kali melalui jalan persekutuan Batu Pahat - Muar. Jadi saya tidak boleh meramalkan apa yang berlaku ketika memandu. Saya memandu dengan berhati-hati dan santai. Di pertengahan jalan perut pula terasa lapar. Nak makan di Muar jaraknya masih jauh. Oleh itu saya memperlahankan lagi kenderaan untuk meninjau-ninjau kedai makan. Makan tengah hari di sebuah warung kecil yang menyediakan menu asam pedas di Kampung Bagan Laut, Batu Pahat Biasa makanan popular di Daerah...