Posts

Showing posts from 2020

TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : PANTAI BATU HITAM, BASERAH

Image
KUANTAN, SEPTEMBER 2020 -   J ika anda datang melancong ke Bandaraya Kuantan, salah satu tempat yang boleh anda abadikan kenangan adalah berfoto di Pantai Batu Hitam, Baserah. Pantai ini agak lain daripada pantai-pantai yang selalu kita kunjungi kerana terdapatnya tiga hamparan batu-batu kecil berwarna hitam. Terdapat tiga hamparan batu berwarna hitam di Pantai Batu Hitam, Baserah, Kuantan, Pahang Hamparan ini kelihatan dari jauh seperti hamparan sebidang tikar atau karpet di atas pasir pantai. Di celah-celah batuan terdapat hidupan pesisir pantai seperti pelbagai spisis ikan kecil, ketam batu dan umang-umang atau siput. Batu-batu hitam yang mengunjur hingga ke laut menjadi habitat hidupan pesisir pantai yang bersaiz kecil Pantulan cahaya warna hitam batu-batu itu membias hingga mengelapkan wajah saya anak-anak bermain di atas batuan Kebetulan hari ini (25 September 2020) saya datang, keadaan air laut tidak begitu cantik kerana ia agak keruh. Pengalaman saya yang agak lama tinggal di r

TEMPAT MENARIK DI TEMERLOH, PAHANG : MANDI-MANDA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat para pengunjung blog saya sekalian. Kali ini saya ingin membawakan cerita tentang pengalaman berkelah di Kubang Gajah Waterpark, Temerloh. Ia merupakan sambungan cerita pengalaman menjamu selera di Selera Patin Bangau. Pertama kali kami datang ke Kubang Gajah Water Park pada 25 Januari 2020 Setelah selesai makan di Restoran Selera Patin Bangau, kami bergerak menuju ke Pusat Bandar Temerloh untuk cari hotel untuk diinap. Survey melalui Agoda dan OYO menunjukkan semua bilik telah pun penuh. Mana taknya, hari itu kan (25.1.2020) merupakan cuti umum Tahun Baru Cina. Saya cuba pula pergi secara walk-in kalau-kalau masih terdapat bilik yang kosong. Namun 5-6 hotel yang kami pergi semuanya penuh. Jadi dari situ dah boleh buat konklusi yang semua bilik hotel di Temerloh telah full house. Perancangan saya seterusnya ialah berpatah balik ke Kuantan kerana sudah tentu masih banyak bilik kosong. Menjamu selera di Selera Patin Bangau terlebih

TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU : RONDA-RONDA SEKITAR PULAU RAMA-RAMA, TASIK KENYIR

Image
Assalamualaikumn w.b.t dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian. Bergambar di Pulau Rama-rama, Tasik Kenyir Terdapat 2 - 3 replika rama-rama untuk para pengunjung bergambar Semalam (22 Ogos 2020), saya berkesempatan bersama keluarga berlibur-liburan di Tasik Kenyir. Rancangan awal saya adalah untuk membawa anak-anak mandi-manda di Kenyir Water Park. Jadi kami bertolak pada jam 8.30 pagi dari Hotel Chukai Utama melalui jalan pantai. Sengaja saya menggunakan jalan pantai kerana di sepanjang laluan ini, banyak tempat yang boleh kita singgah. Kedai makan pun banyak. Namun begitu jalan ini agak jauh berbanding jalan Jerangau - Ajil untuk ke Tasik Kenyir. Di dalam bilik Hotel Cukai Utama, Kemaman sebelum checkout untuk bertolak ke Tasik Kenyir Perjalanan pagi agak lancar walaupun banyak kenderaan berplat 'luar' turut sama bergerak menuju ke arah Kuala Terengganu. Ternyata cuti sekolah pertengahan penggal kedua memberi peluang kepada warga Malaysia untuk melakukan &#