Posts

Showing posts with the label terpakai rengit

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 2 : PASAR KARAT RENGIT

Image
TANJUNG PIAI - RENGIT (68KM) Wafiy dan Ismah menunjukkan kekuatan mengangkat 'Giant Gun' di salah sebuah kedai barang terpakai di Rengit (Tanya tuan kedai harganya RM80 satu) TANJUNG PIAI, 3 FEBRUARI 2019 - Saya memandu kereta dengan perlahan dari Taman Negara Tanjung Piai menuju ke Pontian kecil seterusnya bergerak ke arah Batu Pahat. Saya memandu dengan gaya santai kerana ingin imbas kembali kenangan melalui kawasan ini pada tahun 2017. Pada tahun tersebut saya menjadi sebahagian dari pegawai catur MSSD Pasir Gudang kejohanan catur MSSJ yang diadakan di SMK Perhentian kecil, Pontian. Saya sempat menunjukkan kepada isteri tempat menginap sebuah hotel Pontian kecil bersama Kontijen Pasir Gudang dahulu. Pernah juga kami ke Benut tu salah satu mukim dalam daerah Pontian ketika majlis hantar menantu bapa saudara isteri lebih kurang 4 tahun lepas. Berhenti di salah sebuah gerai menjual buah-buahan tempatan di Pontian kecil Sepanjang laluan ini kelihatan banyak...