Posts

Showing posts from February, 2018

SARAPAN DI ROTI CANAI KAYU ARANG

Image
JALAN-JALAN CARI SARAPAN BAKAR BATU  MELAKA, 16 FEBRUARI 2018 - Seawal jam 7.30 pagi, kami mendaftar keluar Hotel Asiatic untuk ke lokasi percutian seterusnya. Adik-adik receiptionist telah memberikan kami 5 bungkus nasi lemak ikan bilis sebagai sarapan pagi untuk kami. Apabila membuat permohonan untuk mendaftar keluar hotel, seorang kakitangan lelaki hotel telah pergi memeriksa bilik yang kami inap. Apabila berpuashati dengan keadaan bilik, adik receiptionist hotel memulangkan semula wang deposit RM100.00 yang dikenakan semalam. SARAPAN ROTI CANAI DAPUR ARANG Selepas semua urusan keluar hotel selesai, kami bergerak ke Warung Roti Canai Kayu Arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang yang jauhnya kira-kira 6 km dari hotel kami menginap semalam. Oleh kerana tidak biasa dengan selok-belok jalan-jalan di Melaka, saya menggunakan panduan pemetaan google untuk memberi saya petunjuk ke lokasi tersebut. Ternyata google maps ini membawa saya melalui jalan-jalan taman dan

PERTAMA KALI BERMALAM DI MELAKA

Image
BERMALAM DI KOTA LAKSAMANA KOTA LAKSAMANA, MELAKA, 15 FEBRUARI 2018 - Dalam perjalanan ke Bandar Melaka, saya dan isteri memandang ke kiri dan kanan jalan kalau ada ternampak bangunan hotel yang boleh kami inap. Setibanya di Kota Laksamana, kami ternampak hotel di sebelah kiri jalan. Kelihatan terdapat dua buah hotel yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula saya bertanya bilik di Hotel 707. Receiptionist memberitahu masih terdapat 1 bilik kosong yang mempunyai tiga katil bujang. Harga yang ditawarkan untuk bilik ini ialah RM179.00 bagi satu malam. Saya bertanyakan isteri adakah mahu menginap di situ. Isteri meminta saya mencari hotel yang lebih murah. Kemudian saya bertanyakan hotel di sebelah bangunan sana. Receiptionist hotel itu menyatanya masih terdapat 1 bilik deluxe yang kosong. Bilik ini mengandungi 1 katil bersaiz king dan satu bersaiz bujang. Harga yang ditawarkan kepada saya sebanyak RM158.00, RM21.00 lebih murah dari hotel sebelah. Saya bertanyakan isteri

PERCUTIAN DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Image
TIBA DI BANDA HILIR MELAKA, 15 FEBRUARI 2018 - Percutian di Melaka pada kali ini lebih sempurna berbanding dengan lawatan-lawatan sebelum ini kerana saya boleh menjangka kedudukan dan lokasi tempat yang hendak dituju. Ia lebih menjimatkan masa dan tenaga saya ketika memandu. Situasi ini membolehkan saya bergerak ke lebih banyak tempat dalam ruang masa yang cukup sebagai pelawat untuk meneroka keunikan sesuatu tempat. Setibanya di Medan Samudera, isteri saya sempat membeli Tshirt Melaka untuk kami anak beranak. Tshirt berharga RM10.00 setiap satu ditambah dengan RM5.00 untuk cop nama pada baju. Kami juga tidak melepaskan peluang membeli magnet peti ais untuk menambah koleksi di peti sejuk rumah kami. Selepas itu, kami melawat tempat-tempat sekitar Banda Hilir dengan menggunakan khidmat dua buah beca dengan bayaran RM25.00 bagi setiap beca. Antara tempat yang kami lawati semasa menaiki beca ialah Menara Taming Sari, Muzium pengangkutan Melaka, Kota A Famosa dan kawasan sekitar. P

PERJALANAN PERCUTIAN KE MELAKA

Image
CUTI-CUTI MELAKA KOTA MASAI, 15 FEBRUARI 2018 -  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018 saya tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti ke beberapa buah negeri. Seperti biasa saya lebih selesa bercuti di dalam negara berbanding ke luar negara memandangkan saya masih lagi mempunyai anak kecil dan masih dalam kategori kanak-kanak walaupun isteri saya sering memujuk untuk melancong ke luar negara. Pada pagi hari Khamis 15 Februari 2018 jam lebih kurang 7.00 pagi, saya mengisi petrol di Petronas Jalan Mangga sebanyak RM98.00. Kemudian saya membeli beberapa bungkus nasi lemak untuk sarapan ahli keluarga. Selepas bersarapan, isteri dan anak bergegas menyiapkan diri masing-masing. Pada pukul 10.00 pagi, kami bertolak dari Kota Masai, Pasir Gudang, Johor melalui Lebuhraya Senai-Desaru. Saya memilih jalan ini bagi mengelakkan kesesakan trafik musim perayaan Tahun Baru Cina kerana kenderaan kurang melalui laluan ini. Lagi pun laluan