HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 11 : SEHARI DI PULAU PANGKOR
SUNGAI PINANG BESAR - PANTAI PASIR BOGAK (6 KM) Sepupu saya yang masih usia kanak-kanak bermain dengan anak-anak saya ketika berkelah di Pantai Pasir Bogak MELAWAT KILANG SATE IKAN PULAU PANGKOR, 6 FEBRUARI 2019 - Ketika Maksu masak masakan tengah hari, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan tempat yang menjadi tumpuan pelancong luar di sekitar Pulau Pangkor. Tempat yang pertama kami lawat ialah kilang Sate Ikan Eng Sang Kampung Sungai Pinang Kecil. Di sini terdapat pelbagai produk hasilan laut dijual. Ada barang yang pemilik buat di kilang sendiri dan ada yang dibeli dari pengusaha tempatan. Isteri membeli beberapa jenis barang untuk dibawa pulang. Selain kami terdapat ramai pelancong datang ke sini kerana perkhidmatan van pelancong memasukkan tempat ini sebagai pakej dalam perkhidmatan mereka. Bagi pelancong Melayu dan beragama Islam lebih selesa membeli belah di Kilang Paksu Lie yang turut menghasilkan sendiri produknya. Kilang Paksu Lie terletak tidak jauh dari...