Posts

Showing posts from July, 2020

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU : NASI AYAM NURUL IMAN

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian.. RESTORAN NURUL IMAN Pada kali ini saya ingin berkongsi satu Warung nasi ayam 'rare' yang patut anda singgah jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Warung yang saya maksudkan itu ialah Restoran Nurul Iman. Restoran Nurul Iman merupakan warung nasi ayam paling 'rare' di Kuala Terengganu Restoran Nurul Iman terletak di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk. Kedudukan setentang dengan Stesen Minyak Shell iaitu di seberang jalan sana. Saya tidak tahu sejak bila restoran ini memulakan perniagaannya. Yang saya tahu, ketika umur saya belasan tahun lagi restoran ini telah pun ada. Kini umur saya sudah menginjak 45 tahun. Pada hemat saya ia mungkin telah tertubuh lebih dari 30 tahun. Keistimewaan yang ada di Restoran ini ialah menu nasi ayamnya. Selain itu, ia juga menjual rojak ayam (bahasa standard) atau masyarakat Terengganu memanggilnya dengan nama 'rojak keling'. Kedua-du