Posts

Showing posts from May, 2020

TEMPAT MAKAN BEST DI TEMERLOH, PAHANG : PATIN MASAK TEMPOYAK TERSEDAP DI SELERA PATIN BANGAU TEMERLOH

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian. Biarpun saya belum melengkapkan penulisan itinerary cuti sekolah Disember lepas atas faktor kesibukan sesi persekolahan 2020, saya akan menulis pengalaman makan tengah hari lauk ikan patin tempoyak Selera Patin Bangau Temerloh. Sambungan topik itenerary Disember 2019 itu akan saya Lengkapkan juga bila ada masa lapang. Bergambar di hadapan Selera Patin Bangau sebaik sahaja tiba di situ BERTOLAK KE KUANTAN Pada cuti umum sempena tahun baru Cina 2020 (24 Januari 2020), saya Tak pasti nak nak bawa keluarga pergi mana. Sebelum ini sudah 3 tahun berturut-turut setiap kali Tahun Baru Cina Kami sekeluarga akan pergi ke Melaka. Jadi pada tahun ini saya merancang untuk merubah haluan ke tempat lain. Terjadi pada hari Jumaat 24 Januari 2020, kami telah bertolak dari Kota Masai pada jam 4 petang. Kami sepatutnya bertolak lebih awal tetapi kenderaan utama kami mengalami masalah bateri kong. Saya cuba untu

TEMPAT MENARIK DI KEDAH : PANTAI MERDEKA

Image
OLEH : AMIZAM BIN MOHAMED Masih ingatkah oh kekasih Biarpun kini kau di mana Namun dengarlah lagu ini Cinta kita di Pantai Merdeka... Begitulah bait-bait senikata lagu 'Cinta Pantai Merdeka' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Jimbara suatu masa dahulu. Dalam senikata lagu itu juga ada memasukkan nama tempat Tanjung Dawai dan juga Gunung Jerai. Sebenar dua tempat ini boleh kita lihat bila mana kita berada di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah. Mereka baru pertama kali datang ke Pantai Merdeka Pada 14.12.2019, saya berkesempatan datang melawat tempat ini lanjutan dari lawatan-lawatan saya ke negeri Kedah dan Perlis sehari sebelum itu. Selepas singgah solat di Masjid UUM, jam 3.30 petang kami beransur gerak untuk ke Lumut, Perak. Dalam benak fikiran saya, alang-alang dah berada di Kedah alangkah bagusnya seberapa banyak tempat menarik. Namun masa agak mencemburui kami kerana saya telahpun membuat tempahan awal Hotel Lumut Suites sejak 3 minggu sebelum itu.

TEMPAT MENARIK DI PERLIS : BERKUNJUNG KE ARKED NIAGA PADANG BESAR, PERLIS

Image
OLEH : AMIZAM BIN MOHAMED Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian... Post kali ini adalah yang ketiga yang saya karang sejak semalam. Apa yang saya coretkan sejak semalam adalah hasil dari pengalaman travel ke utara semenanjung pada bulam Disember 2019. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Padang Besar, Perlis Indera Kayangan Untuk hari ini ia merupakan kesinambungan cerita selepas bersarapan di Warung Tepi Sawah, Kangar. Selesai sahaja bersarapan, kami bergerak ke Padang Besar untuk membeli - belah di Bazar Arked Niaga Padang Besar. Jarak antara Bandar Kangar dan Padang Besar dianggarkan kira-kira 33 kilometer. Sehari sebelum itu, rakan saya Awang telah membawakan kami ke Padang  Besar untuk makan daging bakar istimewa. Tapi bukan rezeki kami malam itu kerana menu itu telah habis. Pun begitu Awang telah membelanjakan kami makanan panas lain di warung yang sama. Awang (dukung anak) telah membelanjakan kami pada malam seb