Posts

Showing posts from April, 2019

PEMBURU ASAM PEDAS JOHOR

Image
Assalamualaikum warahmatullahi dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Pada kali ini saya ingin menulis tentang makanan kegemaran saya iaitu asam pedas Johor. Sebelum datang ke Johor saya tidak mengetahui rasa sebenar asam pedas. Saya sangka masakan yang selama ini arwah ibu masak merupakan asam pedas rupanya menu tersebut hanyalah singgang pedas dan asam rebus. Patutlah sewaktu kecil dahulu ayah saya mengatakan masakan yang dimasak oleh arwah ibu bukanlah asam pedas sebenar. Menurut ayah asam pedas menggunakan asam jawa dan daun kesum manakala singgang pedas bahannya adalah asam keping dan serai. Asam rebus pula cara pembuatannya hampir sama dengan laksa Penang cuma isi ikan tidak dimasukkan ke dalam kuah. Bagaimana ayah saya mengetahui rasa asam pedas Johor? Sebenarnya pada pertengahan tahun 80-an ayah bekerja dengan seorang tokey buah-buahan di Pasar Payang yang dikenali sebagai Awang Poksu. Ayah menjadi driver lori kepada Awang Poksu dan sering ke Johor untuk m

TEMPAT MENARIK DI PASIR PUTIH : PASAR PAGI GUNTUNG ; PASAR PAGI GUNTONG ; PASAR PAGI KEBUN GETAH PASIR PUTIH, KELANTAN

Image
Oleh   : Amizam bin Mohamed Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca dan pengunjung sekalian. PASAR PAGI DI KELANTAN Pada kali ini saya ingin menceritakan pengalaman berkunjung ke Pasar Pagi Kebun Getah yang menjadi tular dalam media sosial. Pasar Pagi Kebun Getah Jalan Guntung, Pasir Putih, Kelantan Pasar pagi setiap Jumaat sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Negeri Kelantan di apa jua daerah atau di Kelantan lebih menggunapakai Jajahan. Rata-rata tempat yang saya pergi dari Gua Musang hingga ke Kota Bharu pasar pagi akan beroperasi pada hari Jumaat. Ini mungkin kerana hari Jumaat adalah cuti mingguan bagi Kelantan. Pada hari itu, para peniaga yang sebilangannya daripada petani dan nelayan menjual sendiri hasil tanaman dan tangkapan yang diusahakan. Saya pernah melawat pasar pagi di Bandar Baru Gua Musang pada tahun 2017. Saya melihat para peniaga membuat persiapan pada malam sebelum itu lagi. Mereka berkampung dan bermalam di tapak pasar hingga ke es

TEMPAT MENARIK DI BESUT : AIR TERJUN HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH

Image
Pada 25 Mac 2019 saya dan beberapa ahli keluarga sebelah isteri telah pergi berkelah di Lata Tembakah, Besut, Terengganu. Lata tembakah merupakan satu tempat perkelahan yang popular di Negeri Terengganu dan juga popular bagi penduduk kawasan sekitar sempadan Terengganu - Kelantan. Ia terletak di Hulu Besut itu kira-kira 25 km dari bandar Jerteh. Manakala 66 km dari Kota Bharu dan dan 110 km dari Kuala Terengganu. Sudah lebih 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki di Lata Tembakah. Ternyata kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa semakin baik Saya sendiri sudah lupa sudah berapa kali saya datang ke sini tetapi kali terakhir saya menjejak kaki di Lata tembakah pada tahun 1998 ketika itu saya bekerja di Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu. Sudah tugas tahunan ketika bekerja di SPR melakukan kempen dan lawatan ke pelusuk negeri Terengganu bagi menggalakkan orang ramai supaya mendaftar pengundi. Pada waktu tersebut pendaftaran pengundi dibuat setahun sekali dalam tempo