TRAVELOGUE 8 : HARI KEEMPAT (JALAN TIMUR-BARAT GERIK)
PENGORBANAN DALAM KENANGAN 14.12.2017 (Khamis) LALUAN GERIK - JELI (125 KM) Selepas berhenti rehat di stesen minyak shell sambil makan jambu dan mangga potong yang dicicah dengan kuah rojak Mak Bee, kami beredar menuju ke Jeli, Kelantan. Isteri dan anak-anak agak ralit dengan santapan maggi cup yang dibelinya di stesen minyak itu tadi. Laluan Timur - Barat yang kami lalui itu merupakan jalan yang agak sunyi walaupun banyak juga kenderaan yang lalu lalang terutama kenderaan dari negeri-negeri utara semenanjung yang mahu ke timur dan begitu juga sebalik. Laluan ini dibuka secara rasmi pada tahun 1982 setelah menempuh pelbagai onak duri sebelum berjaya disiapkan. Pembinaannya oleh kerajaan mempunyai strategi serampang dua mata iaitu pertama jalan pintas perhubungan antara timur dan barat semenanjung. Yang kedua sebagai strategi membendung ancaman komunis yang berleluasa di kawasan itu. Sewaktu negara masih dalam ancaman komunis (sebelum tahun 1989), kawasan Baling, Pengkalan Hulu...