Posts

Showing posts from September, 2018

ITINERARI MUSIM CUTI SEKOLAH BULAN OGOS 2018 (TRIP KE CAMERON HIGHLAND)

Image
PASIR GUDANG - KOTA BHARU Khamis, 16 Ogos 2018 . Pada cuti sekolah pertengahan penggal kedua 2018 iaitu pada 17 hingga 25 Ogos 2018, seperti biasa saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Kota Bharu. Jika tahun-tahun sudah, dalam perjalanan pulang saya akan singgah rumah ayah di Taman Permint Permai, Kuala Terengganu untuk tidur sekejap sebelum bertolak semula pada lewat pagi (antara pukul 10.00 hingga 11.00 pagi). Akan tetapi untuk tahun ini saya lebih selesa untuk terus bergerak ke Kota Bharu. Cuti persekolahan pertengahan penggal kedua pada tahun ini juga agak istimewa kerana di dalam cuti tersebut umat Islam menyambut Hari Raya Qurban iaitu pada hari Rabu 22 Ogos 2018. I Love KT di Simpang Jalan Paya Keladi - Pasar Payang Saya bertolak dari Kota Masai pada jam 6.45 petang, Khamis 16 Ogos 2018 setelah isteri pulang dari kerja pada pukul 6.25 petang. Saya memilih jalan 'belakang' iaitu jalan Masai- Kong Kong - Loji Air SAJ - Ulu Tiram untuk ber