Posts

Showing posts with the label terminal feri lumut

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 10 : TAMBANG FERI KE PULAU PANGKOR

Image
JETI LUMUT - JETI PANGKOR (10 KM) LUMUT, 6 FEBRUARI 2019 - Saya bangun jam 6.00 pagi, rasa panas badan bila isteri menutup aircond bilik. Badan sedikit segar bila dapat tidur dan berehat di bilik. Anak-anak masih tidur di bawah berlapikkan tilam kerana bilik ini hanya mempunyai 1 katil. Saya mandi kemudian solat subuh atas katil. Bila selesai saya turun ke bawah untuk melihat suasana pagi di Pekan Lumut. Sekitar pukul lapan pagi saya naik semula ke bilik kemudian meminta isteri dan anak-anak bersiap untuk ke Pulau Pangkor. Tiga syarikat feri beroperasi. Beli mana-mana tiket dan boleh naik mana-mana feri. Tiga syarikat ini sudah berkompromi soal penumpang dan tiket Berjalan kaki dari hotel ke jeti feri yang terletak kira-kira 500 meter Pukul 8.50 minit pagi, kami bergerak ke Jeti Lumut dengan berjalan kaki. Kereta saya biarkan di situ cuma saya membeli tiket parking selama dua hari berharga RM6.00. Jika saya letak kereta di kawasan milik swasta bayaran yang dikenakan seba...