Posts

Showing posts from 2021

Road Trip Pasca PKP Utara Semenanjung 2021 : Hari Pertama, Dari Kota Bharu ke Kuala Perlis

Image
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Semua, Agak buntu juga untuk memulakan penulisan setelah lama meninggalkan arena penulisan blog. Sukar untuk memerah otak yang agak tumpul agar dapat menyusun kata-kata menjadi sebuah cerita. Kincir Angin Puncak Banjaran Titiwangsa, Jalan Timur - Barat Baiklah kita fokus pada cerita yang mahu saya sampaikan. Pada 20 - 24 Disember 2021 yang lalu, saya sekeluarga berserta kakak ipar telah melakukan satu road trip ke Utara Negeri-negeri Semenanjung selama 5 hari 4 malam dengan jarak keseluruhan berjumlah 1360 kilometer. Rombongan kami seramai 14 orang (4 dewasa dan 10 kanak-kanak) dengan menggunakan dua buah kereta. Pada road trip kali ini saya memilih beberapa laluan sunyi dan jarang dilalui oleh kenderaan lain. Namun tak semua laluan yang saya lalu itu merupakan laluan sunyi malah terdapat juga laluan sesak yang kami lalui. Saya namakan road trip kali ini dengan nama Road Trip Pasca PKP Ke Utara Semenanjung 2021. Hari Pertama (20.12.2021) : Ko

PENGEMBARAAN HUD KE SERATA JOHOR : HARI KEDUA; MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA - KEDAI KOPI 434 - KEDAI ECO MUAR - HOTEL ELITE - MOSO KITCHEN - TAMAN RIADAH TANJUNG AGAS

Image
SRI GADING, Isnin, 29 Mac 2021 -  Pada hari kedua kami menyambung semula trip kami dengan bergerak ke arah Utara menuju ke Muar. Tiga tahun kebelakangan ini saya kerap berkunjung ke Muar. Jadi tiada masalah bagi saya memahami selok-belok jalan ke tempat tersebut. Makan malam di Moso Kitchen Muar Seperti biasa, kami check out dari Hotel tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Kami ingin memastikan anak-anak cukup rehat dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Sebelum keluar Hotel Hazris, kami dan anak-anak sempat makan makanan ringan yang dibawa dalam bilik seperti kerepek, roti dan biasalah anak-anak makan maggi rendam. Pada malam itu, sempat juga rakan-rakan berasal dari Batu Pahat menyarankan agar saya singgah di dua tiga warung nasi beriani gam terkenal.  Restoran Kari Kambing 40 Hari merupakan salah sebuah restoran nasi beriani terkenal di Batu Pahat  Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Batu Pahat terkenal dengan keenakan nasi beriani gamnya. Tiada te