Posts

Showing posts from December, 2021

Road Trip Pasca PKP Utara Semenanjung 2021 : Hari Pertama, Dari Kota Bharu ke Kuala Perlis

Image
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Semua, Agak buntu juga untuk memulakan penulisan setelah lama meninggalkan arena penulisan blog. Sukar untuk memerah otak yang agak tumpul agar dapat menyusun kata-kata menjadi sebuah cerita. Kincir Angin Puncak Banjaran Titiwangsa, Jalan Timur - Barat Baiklah kita fokus pada cerita yang mahu saya sampaikan. Pada 20 - 24 Disember 2021 yang lalu, saya sekeluarga berserta kakak ipar telah melakukan satu road trip ke Utara Negeri-negeri Semenanjung selama 5 hari 4 malam dengan jarak keseluruhan berjumlah 1360 kilometer. Rombongan kami seramai 14 orang (4 dewasa dan 10 kanak-kanak) dengan menggunakan dua buah kereta. Pada road trip kali ini saya memilih beberapa laluan sunyi dan jarang dilalui oleh kenderaan lain. Namun tak semua laluan yang saya lalu itu merupakan laluan sunyi malah terdapat juga laluan sesak yang kami lalui. Saya namakan road trip kali ini dengan nama Road Trip Pasca PKP Ke Utara Semenanjung 2021. Hari Pertama (20.12.2021) : Ko