TRAVELOGUE 9 : HARI KEEMPAT (AIR TERJUN GUNUNG STONG, GUA MUSANG)
GUNUNG RENG ADA KISAHNYA 14.12.2017 (Khamis) KG BATU MELINTANG - BANDAR GUA MUSANG (112 KM) Selepas selesai solat di surau kedai makan Batu Melintang, kami bergerak semula. Kami bukannya bergerak untuk pulang ke rumah sebaliknya mahu menyambung percutian kami di Cameron Highland. Lagipun biras saya itu makin bersemangat kerana keretanya telah siap dibaikpulih oleh mekanik di Kampung Batu Melintang. Bekalan pakaian yang dibawa pun semua telah dicuci pada pagi itu di Kuala Kangsar. Jadi perjalanan kami pada petang ini (4.30 petang) agak lancar. Saya bingkas berpesan kepada biras agar memandu keretanya dalam 'run-in' (pantang) kerana head enjin keretanya baru dimesin untuk diratakan permukaan yang bengkok itu belum serasi dengan dinding pelapik (gasket) dan gam. Sudah tentu terdapat ruang salah padan dalam enjin yang menyebabkan ada ketirisan kecil dan halus yang kita tidak nampak. Jadi saya berpesan agar membawa 'slow-slow' untuk 500km pertama ini. Sebenar...