Posts

Showing posts from April, 2021

PENGEMBARAAN HUD KE SERATA JOHOR : HARI KEDUA; MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA - KEDAI KOPI 434 - KEDAI ECO MUAR - HOTEL ELITE - MOSO KITCHEN - TAMAN RIADAH TANJUNG AGAS

Image
SRI GADING, Isnin, 29 Mac 2021 -  Pada hari kedua kami menyambung semula trip kami dengan bergerak ke arah Utara menuju ke Muar. Tiga tahun kebelakangan ini saya kerap berkunjung ke Muar. Jadi tiada masalah bagi saya memahami selok-belok jalan ke tempat tersebut. Makan malam di Moso Kitchen Muar Seperti biasa, kami check out dari Hotel tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Kami ingin memastikan anak-anak cukup rehat dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Sebelum keluar Hotel Hazris, kami dan anak-anak sempat makan makanan ringan yang dibawa dalam bilik seperti kerepek, roti dan biasalah anak-anak makan maggi rendam. Pada malam itu, sempat juga rakan-rakan berasal dari Batu Pahat menyarankan agar saya singgah di dua tiga warung nasi beriani gam terkenal.  Restoran Kari Kambing 40 Hari merupakan salah sebuah restoran nasi beriani terkenal di Batu Pahat  Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Batu Pahat terkenal dengan keenakan nasi beriani gamnya. Tiada te

PENGEMBARAAN HUD KE SERATA JOHOR 2021 : HARI PERTAMA; AZHAR FOOD RENGIT - MEE RACUN TULANG BATU PAHAT - DATARAN PENGGARAM

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.  Apa khabar pembaca blog saya sekalian. Agak lama juga saya tidak memuat naik cerita terbaru dalam blog saya ini. Entri terakhir saya sebelum ini ialah pada bulan September 2020 yang lepas tentang Pantai Batu Hitam.  PENGENALAN Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman travel ke hampir seluruh negeri Johor pada  28 hingga 31 Mac 2021 kecuali ada dua daerah yang saya tidak saya kunjungi iaitu Kulai dan Mersing. Ini Kerana dua daerah tersebut yang tidak termasuk dalam garisan jajaran perjalanan kami. Kami sudah mengembara di semua negeri di Semenanjung dengan bersama. Keseronokan datang bukan hanya disebabkan destinasi yang hendak dituju tetapi juga melalui pengalaman dan dugaan yang dilalui di sepanjang perjalanan itu....   Tajuk Kembara kali ini saya memilih Pengembaraan Hud ke Serata Johor 2021. Saya memilih tajuk ini kerana sempena nama anak saya yang paling kecil iaitu Hud. Sempena cuti pertengahan penggal pertama selama sembilan hari bermu