HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 6 : DARI PANASNYA PANTAI KE HANGATNYA HUTAN BATU
PORT DICKSON - SELAYANG BARU (107 KM) Membawa anak-anak melawat KLCC kerana mereka belum pernah datang di situ PORT DICKSON, 4 FEBRUARI 2019 - Kami keluar dari tapak perkhemahan Pantai Port Dickson pada jam 7.00 petang, Saya menambah bahan api kereta di Stesen Petronas Port Dickson sebanyak RM65.00. Sebelum itu sempat saya membeli keropok dan kentang goreng di Pasar Malam Port Dickson berdekatan dengan pantai tempat saya rehat sebelum itu. Suasana di situ agak meriah dengan kehadiran orang ramai dan bilangan peniaga yang agak ramai. Saya tidak tahu sama ada pasar malam itu hanya beroperasi pada hari tersebut (Hari Isnin) ataupun pada setiap malam. Jadi tidak menjadi masalah kepada pengunjung yang berkhemah di pantai tersebut tidak membawa bekalan makanan kerana ianya boleh dibeli di pasar malam terbabit. Di seberang jalan pantai terbabit juga terdapat beberapa warung termasuklah sebuah warung yang menjual sate. RAKAMAN SEBELUM BEREDAR : Lewat Petang di Port Dickson ...