Posts

Showing posts from August, 2020

TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU : RONDA-RONDA SEKITAR PULAU RAMA-RAMA, TASIK KENYIR

Image
Assalamualaikumn w.b.t dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian. Bergambar di Pulau Rama-rama, Tasik Kenyir Terdapat 2 - 3 replika rama-rama untuk para pengunjung bergambar Semalam (22 Ogos 2020), saya berkesempatan bersama keluarga berlibur-liburan di Tasik Kenyir. Rancangan awal saya adalah untuk membawa anak-anak mandi-manda di Kenyir Water Park. Jadi kami bertolak pada jam 8.30 pagi dari Hotel Chukai Utama melalui jalan pantai. Sengaja saya menggunakan jalan pantai kerana di sepanjang laluan ini, banyak tempat yang boleh kita singgah. Kedai makan pun banyak. Namun begitu jalan ini agak jauh berbanding jalan Jerangau - Ajil untuk ke Tasik Kenyir. Di dalam bilik Hotel Cukai Utama, Kemaman sebelum checkout untuk bertolak ke Tasik Kenyir Perjalanan pagi agak lancar walaupun banyak kenderaan berplat 'luar' turut sama bergerak menuju ke arah Kuala Terengganu. Ternyata cuti sekolah pertengahan penggal kedua memberi peluang kepada warga Malaysia untuk melakukan &#

7 PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN KETIKA BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA DI KAWASAN TERPENCIL

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian. Kali ini saya akan berkongsi tentang satu perkara penting yang anda perlu lakukan sekiranya kenderaan yang anda bawa terlibat dalam kemalangan jalan raya. Perkongsian yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman yang tempuhi sewaktu terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang dari Kuala Terengganu. Kemalangan itu berlaku pada jam 9.30 pagi, 24 Ogos 2020 iaitu baru semalam (ketika saya menulis artikel ini) di Kampung Serol, Nenasi, Pekan, Pahang. Kereta yang saya pandu itu telah melanggar seekor babi hutan yang secara tiba-tiba keluar dari semak. Kemudian meluru ke arah hadapan kereta lalu merempuh bumper hadapan kereta. Kemalangan yang menimpa kami pada 24 Ogos 2020 di Kampung Serol, Nenasi, Pekan, Pahang Bumper hadapan kereta pecah dan kabel minyak gear bocor. Kondeser dan radiator aircond juga sedikit bengkok. Ini menyebabkan kereta saya mengalami masalah gear dan sist