Posts

Showing posts from March, 2019

KEMBARA TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA SECARA LONG WAY UP (IKAN CELUP TEPUNG DI OMBAK PANTAI)

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog ini sekalian... Salah satu tempat yang kami singgah dalam Perjalanan 'Long Way Up' Timur Semenanjung Malaysia Pada kali ini saya menggunakan tajuk ini berdasarkan inspirasi pengembaraan bermotosikal Ewan McGregor dan Charlie Boorman pada 2007 yang merentasi Benua Afrika dari bahagian utara hingga ke selatan bermula dari Tunisia hingga ke penghujung benua iaitu Afrika Selatan. Mereka menamakan pengembaraan ini sebagai 'Long Way Down'. Saya tidak mahu mengulas hal pengembaraan mereka. Anda boleh mencari sendiri jika mahukan cerita yang selanjutnya. Laluan Long Way Up dari Selatan ke Utara Semenanjung melalui jalan sebelah timur Pasir Gudang - Kota Bharu Berbalik tentang perjalanan long way up dan long way down saya. Saya memilih tajuk ini kerana perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke Pasir Gudang juga melibatkan titik paling selatan dan utara tetapi skalanya lebih kecil. Daerah Pasi

PEKAN SU-NGAI KOLOK @ PEKAN GOLOK, NARATHIWAT, THAILAND

Image
SUNGAI KOLOK THAILAND, 26 MAC 2019 - Pada cuti pertengahan penggal pertama persekolahan, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk ke Pekan Golok ataupun Pekan Kolok mengikut nama rasmi Thailand. Kedudukan Pekan Kolok ini dari rumah saya di Kampung Marak Mukim Banggu kira-kira 46 kilometer. Pun begitu untuk ke sana memakan masa 1 jam lebih atas faktor kesesakan dan urusan imgresen kedua-kedua negara. Memarkir sementara kenderaan di hadapan Pasar Majlis Tempatan Sungai Kolok yang kedudukannya hanya 1-2 km dari Bandar Rantau Panjang Saya ke sana dengan berkonvoi tiga buah kereta. Tujuan bukannya apa hanyalah untuk makan-makan. Jika mahu membeli barang-barang hanyalah kakak ipar sulung yang mahu membeli periuk belanga, biskut tin dan tilam toto kerana harganya yang masih murah. Sebaliknya jika mahu membeli barang-barang lain sebaiknya kita lupakan kerana harganya lebih mahal berbanding di Malaysia atas faktor rendah nilai Ringgit Malaysia berbanding Bhat Thailand. BERT

TEMPAT MENARIK DI BACHOK : PANTAI IRAMA BACHOK

Image
BACHOK, 17 MAC 2019 - Assalamualaikum salam sejahtera buat para pengunjung sekelian. Sempena cuti bencana pencemaran Pasir Gudang saya mengambil kesempatan untuk pulang ke Kota Bharu walaupun tidak pasti berapa lama cuti yang diberikan. Pantai Irama Bachok pada waktu pagi Untuk entri kali ini saya akan ceritakan tentang Pantai Irama Bachok. Pantai ini sebenarnya agak sinonim dengan saya Kerana saya pernah menetap di kampung Beris Kubur Besar yang terletak kira-kira 4 km dari pantai ini. Saya menetap di situ pada tahun 2006 hingga 2007 sewaktu bekerja di Naza bikes Kota Bharu. Waktu itu saya menyewa rumah milik Ayah Wan di Pengkalan Baru iaitu salah sebuah lokaliti di Beris Kubur Besar. Saya pernah menetap di Beris Kubur Besar pada tahun 2006 - 2007 sewaktu bekerja dengan Naza Bikes Cawangan Kota Bharu. Ketika itu saya masih bujang Pantai Irama Bachok terletak betul-betul dalam Bandar Kecil Bachok. Kedudukannya kira-kira 20 km dari Bandar Kota Bharu. Jika anda datang k