Posts

Showing posts from October, 2019

AKTIVITI MENARIK DI KUALA TERENGGANU : MENAIKI BOT PENAMBANG KE SEBERANG TAKIR TERENGGANU

Image
Jika anda berkunjung ke Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, boleh mencuba menaiki bot penambang ke tanah daratan bertentangan dengan Pasar Payang tersebut atau dikenali dengan Kampung Seberang Takir. Bot penambang dari Pasar Payang ke Seberang Takir Di jalan belakang Pasar Payang tersebut terdapat sebuah jeti bot penambang. Bot penambang menjadi pengangkutan alternatif bagi penduduk Seberang Takir untuk ke bandar Kuala Terengganu. Harga tambang bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan bot ini adalah sebanyak RM1.00 bagi sehala. PERNAH MENJADI PENGANGKUTAN UTAMA PADA TAHUN 1970 - 80 AN Sebelum terbinanya Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan (Bandar) dan Kuala Terengganu Utara (Kuala Nerus), bot penambang menjadi pengangkutan utama bagi penduduk Seberang Takir dan Pulau Duyung untuk ke Bandar Kuala Terengganu khususnya Pasar Kedai Payang atas urusan jual beli mahupun bekerja. Pada masa itu, jalan darat agak jauh kira-kira 40 - 5

TEMPAT MAKAN BEST DI TERENGGANU : MAKAN LAKSA DI WARUNG LAKSA BESENG, KAMPUNG KESOM, MANIR TERENGGANU

Image
Oleh : Amizam bin Mohamed CUTI DEEPAVALI 2019 KIAN BERAKHIR Cuti sempena Deepavali kian berakhir. Saya seperti biasa jika cuti yang diperuntukan sebegini akan mengambil peluang untuk berkunjung ke mana-mana tempat di kawasan semenanjung. Jika tidak melancong ke negeri lain, saya akan pulang ke rumah di Kampung Marak, Kota Bharu. Laksa Kuah Merah / Laksa Kuah Masak / Laksa Terengganu yang dijual di LAKSA BESENG CIK ROS Cuti kali ini (25 - 29 Oktober 2019) saya dan isteri membuat keputusan untuk pulang sahaja ke Kota Bharu. Setelah tiga hari berada di sana. Tibalah masa untuk pulang semula ke Pasir Gudang. BERTOLAK KE KUALA TERENGGANU Walaupun cuti masih berbaki dua hari (28 Oktober 2019), namun saya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Terengganu pada hari itu. Sejak malam lagi saya sudah memberitahu isteri untuk pulang pada waktu pagi kerana banyak tempat yang mahu dituju. Pagi itu, kami bertolak jam 9.30 pagi melalui jalan Jelawat - Tok Bali seterus sampai k

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

Image
Jika anda berada di Kuala Terengganu, jangan lupa untuk untuk mencuba makan nasi lemak bawah rumah.  Nasi lemak bawah rumah mendapat nama kerana pemilik perniagaan itu menjual nasi lemak di bawah rumahnya (kolong rumah). Rumah Limas Terengganu : Nasi Lemak Bawah Rumah terletak di Kampung Gelong Bilal, Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beroperasi pada awal pagi hingga ke subuh setiap hari.  Kedudukan terletak betul-betul di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelong Bilal. Bagi orang bukan dari Kuala Terengganu, untuk ke sini anda perlu mengambil jalan ke Kampung Bukit Besar seterusnya ke Kampung Pasir Panjang. Kedudukannya atas sedikit dari Pasir Panjang. Bagi yang mengetahui selok - belok jalan sekitar Kuala Terengganu boleh juga melalui Jalan Gong Kapas - Panji Alam - Gong Tok Nasek - Bukit Bayas. Sebenarnya jalan ini merupakan jalan lingkaran seperti kuih pau. Boleh menembusi antara satu sama lain.  Ia beroperasi pada larut malam hingga ke waktu subuh. Saya rasa ia bero

TEBAS SEMAK MENJADI DENAI

Image
Assalamualaikum w.b.t para pengunjung blog saya sekalian.  Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya pada hari 18.10.2019 sudah genap 12 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya sendiri pun tidak menyangka dapat berkahwin dengan orang Kelantan kerana saya merupakan orang Terengganu. Kami berkahwin pada 18.10.2007 dan pada hari ini genap 12 tahun Walaupun kedua-dua negeri ini berjiran, namun dari segi budaya dan pertuturan banyak perbezaannya. Kecuali bagi penduduk Daerah Besut, Terengganu yang mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat negeri Kelantan. Namun pada kali ini saya tidak mahu menceritakan tentang perbezaan itu kerana saya hanya mahu fokus tentang perkahwinan. KEHIDUPAN SEBELUM BERUMAH TANGGA Setelah saya menamatkan pengajian ijazah pertama di UUM Sintok, Kedah pada tahun 2004, saya telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama adik perempuan saya di Flat Seri Cempaka, Bandar Seri Damansara. Masa ini umur saya 29 tahun. Saya