TRAVELOGUE 2 : HARI KEDUA (ALOR NAN, KEDAH)
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Salam semua, hari ini saya menyambung semula cerita berkenaan dengan pengalaman pengembaraan pada hari kedua Pada 12 Disember 2017 (Selasa), Hari Kedua Laluan Kota Sarang Semut - Kota Setar (24km) Setelah penat hilang setelah bermalam di Kg. Alor Nan, pada paginya saya tidak melepaskan peluang untuk melawat kawasan bendang padi yang saujana mata memandang di kampung itu. Abang Long ( anak sulung tuan rumah yang saya bermalam) seorang yang sangat peramah. Beliau banyak menceritakan kisah dan keadaan di Kg. Alor Nan tersebut. Saya berasakan seperti menggunakan perkhidmatan inap desa kampung tersebut padahal saya bermalam di rumahnya hanyalah percuma. Dek kerana keramahan Abang Long dan ahli keluarga saya merasa segan dan rendah diri. DIBAWA MERONDA SEKITAR BENDANG Abang Long telah mempelawa saya membonceng kapcai milik arwah bĂ panya melawat sawah padi pada jam lebih kurang 7.30 pagi. Saya melihat ramai penduduk turun ke saw...