Posts

Showing posts with the label ikan pekasam Lenggong

TRAVELOGUE 7 : HARI KEEMPAT (MEE KICAP WANTAN KUALA KANGSAR)

Image
LAWATAN KE NEGERI-NEGERI UTARA SEMENANJUNG Pada 14 Disember 2017 (Khamis), Hari Keempat Laluan Kuala Kangsar - Kg. Batu Melintang, Jeli (207 km) Tidur di Ezi Inn sedikit nyenyak berbanding tidur di lain-lain tempat sebelum ini. Mungkin kerana faktor keletihan yang melampau menyebabkan tidur menjadi sedikit berkualiti. Pagi itu saya berasa sedikit segar dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Tambahan pula graf pengembaraan kami ke arah menurun iaitu kembali ke rumah. Seperti biasa kami bersiap awal untuk bertolak ke Jeli. Selepas mandi dan solat subuh, saya tutun dari hotel lebih awal untuk menambah air ke dalam bateri kereta saya. Selepas menambah air bateri, saya ke kedai mamak yang terletak di 'end lot' bangunan. Saya memesan dua keping roti canai kosong serta secawan air nescafee tarik. Sementara menunggu ahli yang lain siap saya makan sambil melihat gelagat penduduk tempatan di situ. Setelah setengah jam di kedai itu, sayĆ  bergerak semula ke hotel untuk ...