Posts

Showing posts from November, 2019

TEMPAT MENARIK DI MERSING : TASIK HIJAU DI JEMALUANG, MERSING

Image
Salah satu tempat unik untuk bergambar bagi pengunjung yang kebetulan lalu di Jalan Kota Tinggi - Mersing dan Jalan Kluang - Jemaluang ialah Tasik Jemaluang atau di panggil Tasik Hijau. Keunikan tasik ini adalah terletak pada kehijauan airnya serta pemandangan kawasan sekeliling. Saya bergambar di Tasik Jemaluang @ Tasik Hijau, Mersing Johor. Saya tidak pasti apakah yang menjadi punca air tasik kecil tersebut menjadi berwarna hijau. Akan tetapi mengikut kebiasaan di Malaysia, kebanyakan air tasik atau kolam yang berwarna biru atau hijau ini merupakan bekas kawasan lombong. Mungkin Tasik Jemaluang ini dulu adalah kawasan perlombongan mineral ataupun kuari. Kalau benar ia kawasan tinggal lombong pastinya air tasik ini tidak sesuai untuk kegunaan makan, minum dan mandi-manda. Tasik Jemaluang dengan kehijauan dan ketenangan airnya Walaubagaimana pun view tasik ini amat cantik seolah-olah ia terhasil dari proses semulajadi alam. Kedudukannya yang terletak di penghujung

TEMPAT BERSEJARAH DI JOHOR BAHRU : KILOMETER KOSONG DI JOHOR BAHRU (KILOMETER SIFAR : KM0 JB)

Image
Kita tentu pernah mendengar pepatah Melayu berbunyi "Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan".  Tapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya pangkal jalan di Semenanjung Malaysia. Pangkal jalan bermaksud tempat bermula iaitu di situlah sesuatu ukuran jarak bermula. Saya bergambar di batu penanda asal KM0 Johor Bahru berdekatan Pejabat Pos Malaysia JB. Di Malaysia ukuran jarak bagi jalan raya menggunapakai ukuran metrik Kilometer atau KM. Kalau Amerika Syarikat dan United Kingdom lebih cenderung menggunakan ukuran metrik batu atau miles. Ok menjawab soalan saya di atas iaitu "Dimanakah terletaknya pangkal jalan di Semenanjung Malaysia". Sebenarnya pangkal jalan atau tempat bermulanya ukuran KM di Semenanjung terletak di Johor Bahru iaitu berhampiran dengan Pejabat Pos Malaysia JB.  KM0 JB merupakan permulaan kiraan bagi 3 Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia FT1, FT3 dan FT5 Dari posisi lain batu tanda KM0 dari arah Teluk Danga

KISAH SERAM DI RUMAH SEWA

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian. Kali ini saya akan menulis satu kisah berunsur seram fiksyen. Ia merupakan kisah benar dengan sedikit tokok tambah supaya jalan ceritanya lebih mendebarkan. Namanya pun dah fiksyen kan. Mestilah ada sedikit rencah dan rempah ratus untuk menyedapkannya. 4 Zuhal 2008 MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL GURU Kisah ini berlaku kira-kira pada bulan Jun hingga Ogos tahun 2008. Tahun 2008 saya telah menjalani praktikal guru di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Berang. Lazimnya pelatih-pelatih KPLI perlu menjalani latihan praktikal di sekolah selama 10 minggu. Sebagai pelatih guru Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, kami telah diberi pilihan untuk memilih kawasan praktikal sendiri. Saya dan seorang lagi rakan pelatih yang saya panggil Bad telah memilih Hulu Terengganu sebagai destinasi latihan. Perkhemahan di Tasik Kenyir Sebaik sahaja habis dua minggu cuti pertengahan tahun persekolahan, saya da

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian. Pada kali ini saya akan membicarakan tentang tips penjagaan dan penggunaan iron steam Philips agar tidak cepat rosak. Tips ini saya peroleh daripada techician baikpulih barang-barang elektrik jenama Philips di Taman Johor Jaya. Iron steam keluaran Philips baru dibaikpulih dengan kos RM380.00 Mungkin sudah ada yang tahu tentang cara penggunaannya ketika membeli iron ini. Akan tetapi sewaktu isteri membelinya dengan harga RM1300.00 pada tahun 2014, dia tidak dimaklumkan tentang cara penjagaan yang betul agar iron ini lebih tahan lama. Atau mungkin isteri saya terlepas pandang sewaktu demo diadakan. IRON STEAM ROSAK Sejak menggunakan iron steam Philips sejak lima tahun lalu, ia tidak pernah mengalami masalah atau kerosakan. Tapi kira-kira dua minggu yang lalu, iron ini mula menunjukkan tanda-tanda rosak. Apabila kita mensterika haba jadi kurang panas dan last sekali ia tidak dapat mengeluar

MAKAN BEST DI TERENGGANU : ROTI BINJAI LEGEND @ KAYU KERAMAT GERGASI

Image
Jika anda seorang kaki travel pemburu makanan salah satu pilihan untuk anda mencuba makanan yang lain dari yang lain adalah roti binjai legend. Roti binjai legend diambil daripada nama buah binjai kerana bentuk roti ini seakan-akan rupa buah binjai. Tetapi bagi masyarakat Terengganu, tiada tercatat pun nama roti binjai dalam list makanan tradisional. Cuma yang ada hanyalah roti kayu keramat. Mungkin tujuan pemilik warung menjual roti binjai ini meletak nama sedemikian hanyalah untuk komersial bagi menarik perhatian pelanggan datang ke warungnya. Bersarapan di Roti Binjai Legend, Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu Warung Roti Binjai Legend ini terletak di Kampung Buluh, Kuala Berang iaitu kira-kira 40 kilometer dari Kuala Terengganu. Agak jauh juga bagi orang seperti saya untuk ke sana. Walaupun saya orang Terengganu namun sejak berkahwin, saya jarang duduk lama di negeri ini. Paling lama pun cuma satu hari. Jadi amat terhad peluang saya untuk mencuba beberapa tempat makan