Saya, catur dan MSSD Pasir Gudang

Pada tahun ini sekali lagi saya dipelawa oleh Pengerusi Teknik Catur Pasir Gudang untuk berada dalam Kontinjen MSSD untuk ke MSSJ yang dilangsung di Daerah Segamat. Sebenarnya saya mahu berehat pada tahun ini.Tapi memandangkan Cikgu Zul (PT Catur) meminta juga saya pergi, saya akur.

Pertama kali saya menyertai pasukan Catur Pasir Gudang Pada 2012 ketika itu Kejohanan MSSJ diadakan di Mersing. Terima kasih pada Cikgu Zul kerana sentiasa memberi saya peluang. Melalui peluang itu, saya mendapat pengalaman tentang teknik latihan serta dapat berkenalan dengan guru-guru hebat catur serta jurulatih profesional sekitar Johor Bahru.

Aksi gaya bebas dilakukan oleh pegawai dan pemain kontinjen ketika meraikan kejayaan merangkul johan keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut

KRONOLOGI

9 - 11 Julai 2018

Latihan Pusat telah diadakan selama tiga hari di SK Taman Daya, Johor Bahru. Latihan ini bertujuan untuk membuat persiapan akhir seperti melengkapkan dokumen-dokumen kejohanan serta latihan kecil.

Sesi perlawanan antara pemain dijalankan ketika  latihan pusat yang diadakan di Bilik Mesyuarat SK Taman Daya

Pemain dan pegawai mendengar taklimat tentang latihan pusat dan kejohanan yang disampaikan oleh Cikgu Zulkipli bin Daud, selaku Pegawai Teknik Catur Pasir Gudang

12-14 Julai 2018

HARI PERTAMA

Kontinjen Pasir Gudang bertolak dari SK Taman Daya ke SMKA Segamat pada jam 9.30 pagi dengan menaiki bas. Saya bertolak ke sana dengan kereta sendiri. Seramai 21 pemain dan 3 pegawai menaiki bas tersebut. Manakala 3 pemain dan 6 pegawai pergi dengan kenderaan masing-masing.

Bas yang membawa Kontinjen Pasir Gudang bersedia untuk bertolak ke Segamat

Perjalanan ke Segamat dari SK Taman Daya memakan masa kira-kira dua jam setengah jika melalui Lebuh raya PLUS serta melalui Jalan Yong Peng - Labis - Segamat. Saya bertolak kira-kira pukul 10 pagi. Kemudian rehat seketika di hentian rehat lebih kurang 30 minit kerana mengantuk. Saya tidak tidur sejak 1.30 pagi kerana menonton siaran langsung Piala Dunia peringkat separuh akhir antara England dan Crotia yang menyaksikan Crotia menang dengan keputusan 2-1 pada masa tambahan.

Perjalanan yang memakan masa dua jam lebih dari SK Taman Daya ke Venue Pertandingan di SMKA Segamat.

Saya tiba di SMKA Segamat kira-kira jam 12.30 tengah hari. Sewaktu itu kelihatan Cikgu Zul, Cikgu Hisham dan Cikgu Syazwan telah pun berada di Dewan pendaftaran. Setelah selesai mendaftar pasukan, kami bergerak ke kantin SMKA sementara menunggu ketibaan bas.

Kantin SMKA tempat Kontinjen Catur MSSD Pasir Gudang, MSSDJB, MSSD Pengerang dan MSSD Kulai lepak sepanjang kejohanan.

Bas yang membawa kontinjen MSSD Pasir Gudang tiba pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari. Kemudian membawa beg masuk ke dom asrama. Selepas itu, pemain-pemain turun dengan segera untuk makan tengah hari kerana perlawanan bagi pusingan 1 berlangsung pada pukul 2.00 petang.

Info yang terkandung dalam pamplet yang disediakan oleh penganjur JK penginapan 

Dewan SMKA Segamat yang menjadi venue pertandingan Catur MSSJ 2018

Sementara menunggu para pemain berlawan dalam pusingan pertama yang memakan masa kira-kira dua jam, kami pegawai lelaki bergerak ke Bandar Segamat Baru untuk mencari barang-barang keperluan pasukan dan juga diri sendiri yang terletak kira-kira 5 km dari lokasi pertandingan.

Port lepak dan analisis permainan selepas perlawanan di Speech Corner bersebelahan kantin sekolah

Pada hari itu berlangsung 2 pusingan perlawanan yang memakan masa hingga jam 6.30 petang. Setelah selesai para pemain dan pegawai mandi serta berehat di dorm masing-masing. Tetapi pada malam itu, saya dan pegawai lelaki bergerak ke Taman Yayasan (kira-kira 13km) untuk mencari durian (sekarang musim durian).

Durian yang dijual di Taman Yayasan Segamat yang sempat saya dan rakan singgah

Saya dan pegawai-pegawai lelaki Kontinjen MSSD Pasir Gudang memilih tidur di ruang 'Speech Corner' SMKA Segamat walaupun disediakan penginapan asrama oleh penganjur kerana di sini terdapat plag elektrik yang membolehkan kami mengecaj telefon (dorm asrama tiada plag kecuali di pantri)

HARI KEDUA

Pada hari Jumaat, 13 Julai 2018 berlangsung 3 pusingan iaitu 2 di sebelah pagi dan 1 pusingan di sebelah petang. Pertandingan catur blizt juga diadakan untuk para pegawai pada jam 4.30 petang. Pada tahun ini nasib tidak menyebelahi saya apabila hanya mendapat tempat ke-10.

Pertarungan antara Sabreena dengan Lim Zhi Ting dari Batu Pahat menyaksikan kedua-duanya meraih keputusan seri

Pertarungan antara Sabreena dan Heng Yee Xuan dari Batu Pahat di pusingan 6 menyaksikan Sabreena tewas kepada lawannya itu

HARI KETIGA

Hari ketiga berlangsung 2 lagi pusingan dan ia merupakan pusingan penentuan pemain untuk meraih ke kedudukan pingat. Pada edisi kali ini, nasib tidak menyebelahi Sabreena kerana hanya mampu menduduki tempat kesebelas seterusnya gagal mendapat pingat serta gagal layak ke pusingan round robin untuk mewakili Johor ke MSSM. Dalam pusingan ketujuh Sabreena tewas kepada rakan baiknya iaitu Hoh Ying Min yang juga memerlukan kemenangan untuk layak.

Namun begitu, pada kejohanan kali ini Pasir Gudang berjaya membolot Johan keseluruhan untuk kali kedua berturut-turut serta kali ketiga untuk sepanjang kejohanan yang disertainya.

Pada waktu pagi ke sebelumnya, saya secara bersendirian telah ke Jalan Segamat - Muadzam Shah untuk membeli durian. Saya membeli durian kampung sebanyak 10 kilogram pada harga RM6.00 sekilogram.

Saya membeli durian kampung Segamat di Jalan Segamat-Muadzam Shah tidak jauh dari Replika Durian Segamat di Taman Yayasan

Bergambar bersama pegawai-pegawai Kontinjen Catur MSSD Pasir Gudang 2018

Kontinjen bergambar sebelum bermulanya pusingan 7
Bawah kiri : Anis, Hoh Ying Min, Sabreena, Raudhoh

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan pegawai lelaki Pasir Gudang.
Dari kiri Cikgu Tan, Cikgu Shazwan, Cikgu Hisham, Cikgu Kacak, Cikgu Zul dan Cikgu Wan

Kali ketiga dalam tempoh 4 tahun saya menjulang piala ini bersama Team Catur Pasir Gudang. MSSD Pasir Gudang merangkul Piala ini pada tahun 2015 (Segamat), 2017(Pontian) dan 2018 (Segamat). Pada 2016 di Kota Tinggi, MSSD Pasir Gudang menjadi Naib Johan kepada MSSD Johor Bahru

KISAH PERSAHABATAN

Sesi pemilihan pemain mewakili Johor dijadualkan pada 19-21 Julai 2018 sedikit mengguris emosi para pemain, pegawai dan juga ibu bapa pemain terutamanya dikalangan pemain pilihan tetapi gagal layak menduduki tempat ke-10. Namun begitu, saya dikejutkan oleh mesej yang dihantar oleh Cikgu Zul berhubung surat yang ditulis oleh bapa Hoh Ying Min kepada Pengerusi Catur Negeri, Haji Hamdan Sairi. Dalam surat itu terkandung rayuan supaya membenarkan Sabreena diberi peluang untuk menyertai sesi pemilihan itu. Surat itu ternyata membuatkan saya membacanya menjadi sayu. Mesej balas daripada Haji Hamdan juga agak positif kerana meminta ibu bapa atau guru yang sepatutnya membuat dan menghantar surat rayuan.

Surat rayuan ditulis bapa Ying Min merayu Sabreena diberi peluang

Jawapan balas daripada PT Negeri terhadap surat bapa Hoh Ying Min


Membaca jawapan balas daripada Haji Hamdan lantas saya membuat surat rayuan dengan mengedit semula alasan-alasan yang dinyatakan oleh bapa Ying Min kemudian saya menghantar surat tersebut dalam format gambar kepada Cikgu Zul selaku PT Catur Daerah untuk dipanjangkan kepada PT Negeri. Saya hantar mesej tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 Julai 2018. Pada pukul 11.30 pagi saya menerima mesej Haji Hamdan melalui Cikgu Zul meluluskan rayuan tersebut. Syukur Alhamdulillah.

Surat rayuan yang disediakan oleh saya dikemukakan kepada Haji Hamdan selaku PT Catur Negeri Johor pada jam 8.30 pagi 16 Julai 2018


Jawapan kelulusan daripada PT Negeri melalui PT Daerah pada yang 11.56 pagi 16 Julai 2018

Sesi pemilihan pemain Catur Johor untuk ke Catur MSSM diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2018. Pemilihan dijalankan secara perlawanan Round Robin yang mana semua pemain akan bertarung dengan semua peserta dengan mengambil keputusan perlawanan di MSSJ 2018 sekiranya mereka pernah bertemu. Dalam sesi ini, murid saya Nur Sabreena berjaya layak mewakili Johor setelah menduduki tempat ketiga daripada semua pemain yang hadir.

Senarai pemain yang berjaya mewakili Johor ke Kejohanan Catur MSSM 2018 yang berlangsung di UMT, Kuala Terengganu.

Semoga team johor berjaya mencapai kemenangan dari temasya pada kali ini khasnya anak murid saya dan SK Kota Masai.

Sekian...

Comments

  1. Ade result round robin mssj 2017 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan, saya check dlm simpanan google photo kot2 ada..tapi xda

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA