TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU : PESISIR PAYANG LOKASI SESUAI UNTUK VIEW DRAWBRIDGE TERENGGANU (JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU)
AHAD, 26 JANUARI - Jambatan Angkat Terengganu atau Drawbridge Terengganu dikatakan sebagai jambatan angkat terpanjang di dunia dengan jarak kira-kira 632 meter. Ketinggian pula mencecah 12.5 meter dari aras laut. Jambatan ini mempunyai 4 menara sokongan setinggi 15 tingkat di kiri dan kanannya. Ia boleh diangkat di bahagian tengah untuk membolehkan kapal bersaiz besar dan tinggi melaluinya untuk keluar-masuk ke Kuala Terengganu. Drawbridge ini mula dibina pada Ogos 2014 membabitkan kos RM248 juta. Laluan ini menghubungkan bahagian utara muara Sungai Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir dan bahagian selatan muara sungai iaitu Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.
![]() |
Pemandangan Drawbridge pada pukul 8.00 malam. |
![]() |
Jambatan Angkat pada jam 6.30 petang |
BAGAIMANA MAHU KE SINI?
Bagi pengunjung luar yang ingin melihat panorama sekitar drawbridge ini disarankan melihat view yang indah ini di Pesisir Payang yang terletak di belakang Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu iaitu jajaran laluan ke Pasar Kedai Payang (1 kilometer sebelum Pasar Payang). Jalan ini di panggil Jalan Sultan Zainal Abidin.
Untuk masuk ke tempat letak kereta Pesisir Payang, anda perlu masuk di laluan sehala Pasaraya Hock Kee Seng. Setakat ini, tempat letak kereta ini masih tidak mengenakan apa-apa caj dan memang sejak dahulu lagi ia adalah percuma. Mungkin bila jambatan ini mula beroperasi mulai Jun 2019, caj tempat letak kereta akan dikenakan lebih-lebih lagi bila pengunjung semakin bertambah.
![]() |
Tempat letak kereta di Pesisir Payang yang masih percuma |
KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK DI KAMPUNG TANJUNG (PESISIR PAYANG HINGGA JAMBATAN)
Dalam satu entri yang lepas, saya pernah menceritakan bahawa saya dan keluarga pernah tinggal di Kampung Tanjung. Saya sempat merasai nikmat tinggal di sini selama 3 tahun iaitu pada tahun 1984 - 1986. Pada waktu iaitu, Kuala Terengganu hanyalah seperti sebuah pekan kecil. Hanya terdapat beberapa bangunan dan pusat perniagaan penting.
Tempat yang sering menjadi kawasan permainan saya dan kawan-kawan adalah Taman Bunga Shah Bandar (sekarang Dataran Shah Bandar), Sekali sekala memanjat Bukit Puteri untuk mengambil rambutan rakyat melalui belakang Pejabat Pos dan turun di belakang balai bomba Kampung Paya Keladi. Naik di pasaraya Ekonomi (Hock Kee Seng Panggung Rex). Pergi ke Pusat Membeli Belah Kampung Cina. Adakala terlajak hingga ke Pulau Kambing untuk menagor (membaling batu) ke arah babi yang hendak disembelih (tahun 80-an di Pulau Kambing terdapat sebuah pusat penyembelihan babi). Jika ada duit sikit (duit kawan) kami pergi menonton wayang di Panggung Rex dan Panggung Cathay.
Waktu malam pula pergi sembahyang di Masjid Ladang (3 kilometer) dengan berjalan kaki. Kemudian makan mee goreng atau kuewtiaw goreng di medan selera dalam hospital lama Kuala Terengganu (bersebelahan Masjid Ladang). Selalunya kawan saya bernama mael yang belanja makan. Saya mempunyai 3 orang kawan rapat iaitu Mael, Zuki dan abangnya Zakaria. Biasanya kami berempat naik basikal tua yang dikayuh oleh Zakaria. Sebenarnya Zuki dan Zakaria ni merupakan anak tuan rumah Makcik Hendun yang ayah sewa. Manakala rumah mael terletak di luar pagar rumah kami.
GAMBARAN PEMANDANGAN DAN KEHIDUPAN MASYARAKAT DI KAMPUNG TANJUNG PERTENGAHAN TAHUN 1980-AN
Pengalaman menetap di Kampung Tanjung tidaklah lama cuma dalam tiga tahun sahaja. Akan tetapi saya masih mengingati beberapa perkara tentang kehidupan masyarakat serta taraf sosioekonomi penduduk di sini. Rata-rata penduduk di sini merupakan nelayan dan melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan industri perikanan.
AKTIVITI DAN PEKERJAAN
Kaum lelaki kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Sama ada yang berpengkalan di Kampung Tanjung ataupun di Pulau Kambing. Terdapat juga kaum lelaki yang bekerja sebagai pengangkat ikan Pelabuhan Pulau Kambing. Manakala yang lain, bekerja sebagai buruh, pekerja am dan penjaja kecil.
Bagi kaum perempuan pula mereka terlibat dengan pekerjaan sebagai penyiang ikan keropok dengan upah 15 sen bagi setiap cupak besar isi ikan yang siap disiyat kulit dan diasingkan tulang. Adakala mengambil upah pemotong keropok keping. Pemotong keropok keping ini tidak diupah menggunakan wang sebaliknya menerima habuan lebihan permulaan keropok yang dipanggil kepala keropok. Jika mahu wang pemotong keropok akan menjualnya dengan harga 10 sen satu. Dapatlah mereka dalam seringgit dua kerana keropok yang dipotong tidaklah begitu banyak. Sebahagian bekerja di supermarket sekitar Kuala Terengganu dan menjaja makanan di dalam kampung seperti menjual jagung rebus, mee goreng dapur kayu, nasi minyak, nasi kuning dan nasi lemak. Tetapi kebanyakan perempuan Kampung Tanjung adalah suri rumah tangga.
Bagi kanak-kanak seperti saya, kehidupan hariannya di sekitar muara sungai Terengganu dan Bandar Kuala Terengganu. Rata-rata kanak-kanak di sini adalah sangat nakal. Mereka sering terdedah dengan anasir yang tidak elok seperti bergaul dengan orang dewasa yang kebanyakannya terjebak dengan gejala penagihan dadah. Pergaduhan mirip gangsterism juga sering berlaku dengan anak-anak muda kampung luar malah dengan dikalangan anak muda sekampung. Pernah sekali berlaku pembunuhan seorang remaja yang mati dipukul beramai-ramai yang pada mulanya berpunca hanyalah dari perbuatan ejek-mengejek. Akibat ketidakpuasan hati yang berterusan berlakukan aksi pergaduhan kumpulan remaja dengan keluarga simati hingga membawa kepada kematiannya. Selepas malam itu ramai anak muda Kampung Tanjung di tangkap kerana terlibat dalam pergaduhan tragis itu.
Aktiviti kanak-kanak di sini adalah mandi muara di belakang taman bunga (Shah Bandar). Air muara belakang taman bunga agak tenang dan tiada arus kerana terdapat sebuah benteng yang menambak dari daratan hingga 20 meter ke arah air. Benteng ini telah menghalang arus dari laut dari masuk ke dalam muara menjadikan ia sesuai untuk mandi manda. Pada ketika inilah saya mula belajar berenang dan berkuak (bahasa Terengganu dipanggil kuwek iaitu menimbulkan badan seperti itik).
Terdapat beberapa buah bot nelayan milik penduduk tempatan berlabuh di belakang muara taman bunga ini. Terdapat juga sebuah kapal layar tradisional lama yang berlabuh di situ milik seorang tua yang rumahnya dekat pasaraya Hock Kee Seng sekarang. Kanak-kanak memanggil beliau dengan Pok Bolong mungkin kerana matanya yang bulat besar. Pok Bolong sering berpakaian kemeja pendek tidak berkancing sehingga nampak pusat, berkain pelikat, bersemutar kain batik atas kepala dan berkaki ayam. Pok Bolong sering ke kapalnya untuk menaikkan layar. Sekali sekala bergerak keluar ke laut. Tapi kelihatan kapal tersebut tidak begitu digunakan kerana ia bukanlah sebuah bot nelayan tetapi sebaliknya sebuah kapal perdagangan lama. Saya tidak tahu ke mana sudah kapal tersebut tetapi rupa bentuk kapal tersebut sama seperti yang terdapat di Muzium Terengganu. Mungkin pihak muzium telah mengambilnya.
Selain mandi-manda di muara sungai, kanak-kanak di sini suka mengail ikan. Ikan yang sering diperoleh di kawasan ini adalah ikan kikek, anak kerapu, ikan duri, belukang dan kuku atau siakap batu. Mengguna pancing cetong tin susu dan batu ngambui (batu ladung) yang dibuat sendiri menggunakan timah yang dicairkan dan diletak acuan daun kelapa dipacak di atas tanah. Ia membentuk seperti kon. Tempat popular mengail adalah di hujung benteng.
FENOMENA BREAK DANCE DAN MICHEAL JACKSON
Ketika menetap di kampung Tanjung sekitar awal pertengahan tahun 80-an, fenomena yang melanda negara pada ketika itu adalah break dance dan Micheal Jackson. Saya tak pasti samada MJ yang mempopularkan break dance atau pun orang lain. Tapi kemunculan tarian ini dan fenomena lagu-lagu Micheal Jackson adalah pada waktu yang sama.
Break dance adalah satu tarian jalanan yang ditarikan oleh anak-anak muda di suatu tempat yang menjadi tumpuan orang lalu lalang. Tarian ini mirip pergerakan robot dan juga lenggok gimnastik sambil diiringi muzik rancak yang dipasang menggunakan mini compo. Muda mudi Kampung Tanjung tidak terlepas daripada pengaruh break dance dan MJ ini. Tapak gelanggang bola keranjang dan track pendidikan lalu lintas (Tapak stesen bas Tanjung) sering menjadi tempat battle tarian breakdance ini. Biasanya battle tarian ini melibatkan kumpulan anak muda yang tidak sehaluan.
RUMAH-RUMAH KAMPUNG TANJUNG
Rumah-rumah di sini sekitar tahun 80-an diperbuat daripada kayu papan bersaiz kecil. Rata-rata rumah mempunyai satu bilik yang mana penghuninya lebih suka tidur di ruang tamu. Namun begitu terdapat juga beberapa rumah yang kayu yang agak besar seperti rumah Pakcik Hashim Nasi Minyak. Saya suka pergi ke rumah Pok Hashim untuk melihat pelbagai spisis burung merpati. Saya juga suka membeli kerak nasi minyak Pok Hashim sama ada 10 sen atau 20 sen. Nak beli nasi tak mampu sebab berharga $1.00 (matawang ringgit dulu guna simbol $). Walaupun hanya kerak, rasanya sungguh enak lebih-lebih lagi makan ketika panas. Keenakannya terletak pada kerapuhan kerak dan kuahnya.
Rumah-rumah dibina rapat-rapat antara satu sama lain. Di antara rumah-rumah terdapat lorong-lorong pejalan kaki selebar 3 - 4 kaki. Kanak-kanak seperti saya pada ketika itu amat seronok bermain kejar-kejar (tuje sebenarnya to jail) dan tok nusuk (sembunyi-sembunyi) di celah-celah lorong rumah.
Rumah-rumah ini juga kebanyakan tidak mempunyai keperluan asas seperti bekalan air bersih dan tandas sanitari. Penduduk di sini menggunakan air telaga yang di kongsi bersama 5-6 buah rumah yang lain. Kerajaan juga memasang beberapa paip pump dan paip biasa di beberapa lokasi untuk penduduk kampung mendapat air bersih.
Tadi saya ada katakan bahawa majoriti rumah penduduk tidak mempunyai tandas. Habis bagaimana mereka membuang air besar? Sebenarnya mereka membuang air besar di pesisir pantai muara sungai dengan menggali lubang. Biasanya waktu ramai orang membuang air besar selepas waktu subuh. Pada waktu ini serata tempat kawasan pantai akan ada kelibat manusia sedang bercangkung sambil menutup kepala dengan kain pelikat atau batik. Kemudian mereka mengambusnya dengan pasir kemudian membasuhnya di gigi air muara sungai.
Pada waktu ini, jika tersalah pijak pasir pantai mungkin kita akan terpijak tahi yang tertimbus di dalam pasir. Senario yang berlaku pada waktu yang lalu ini mungkin disebabkan oleh rata-rata penduduk adalah dari golongan miskin berpendapatan rendah. Malah ada yang menjadi penganggur.
BANYAK RUMAH KAMPUNG TANJUNG DI HANYUT KE LAUT
Peristiwa ini pernah saya rakam dalam salah satu entri sebelum ini. Peristiwa yang mana beratus buah rumah telah hanyut ke laut pada bulan Disember 1986 sewaktu musim tengkujuh dan musim cuti sekolah. Ia berlaku lebih kurang pada pukul 8.00 - 9.00 pagi. Pada malamnya hujan turun dengan lebat. Sebenarnya pada minggu tersebut memang boleh dikatakan hari-hari hujan turun. Tapi malam hingga ke pagi hujan lebat sangat luar biasa. Keesokan pagi bila hujan mulai reda, kami kanak-kanak ini beramai-ramai berkumpul di pesisir pantai muara sungai ini.
Pada pagi itu, kelajuan arus agak luar biasa kerana sangat deras. Airnya keruh yang banyak kayu dan sampah sarap hanyut. Sesekali arus kuat datang bergegar benteng konkrit yang mengunjur ke arah laut itu. Arus deras dari hulu bertembung pula dengan ombak kuat datang menghentam benteng konkrit, menghentam juga Medan Selera Tanjung yang merupakan premis paling hampir dengan pantai muara. Beberapa rumah berhampiran air juga semakin menghakis.
Benteng konkrit yang sebelum ini agak kukuh mula menunjukkan tanda-tanda tidak mampu lagi menahan asakan arus air deras dari hulu sungai. Benteng mula retak dan runtuh sedikit demi sedikit. Saya dan rakan-rakan lain agak takut. Memang kejadian ini belum pernah berlaku sebelum ini. Adakah ia berpunca dari lepasan air mendadak dari Empangan Hidro Kenyir? Saya pun tidak tahu. Empangan Hidro Kenyir baru beroperasi setahun pada ketika itu iaitu pada 1985.
Apabila benteng bahagian dalam air runtuh sepenuhnya, arus mula menghakis pesisir pantai Muara Sungai Terengganu. Satu persatu rumah dihanyutkan ke laut. Kami penduduk kampung hanya melihat rumah-rumah tenggelam dalam arus air sungai menuju ke Laut China Selatan. Saya sempat menyelamatkan dua ekor kambing yang dibeli emak sebelum itu. Oleh kerana rumah yang kami sewa agak jauh dari air maka sempat kami menyelamatkan dokumen penting serta pakaian. Saya bergegas ke Pasar Payang memaklumkan kepada ayah yang berniaga di pasar itu tentang apa yang berlaku. Ayah pulang ke rumah menyelamatkan kami semua. Rumah yang kami sewa hanyut di waktu agak petang tidak seperti rumah-rumah lain. Boleh dikatakan rumah kami antara yang terakhir yang hanyut.
Pada malam itu kami dan penduduk Tanjung yang rumahnya hanyut berlindung di dalam bangunan Medan Selera Tanjung yang belum siap (sekarang Hock Kee Seng). Keesokan harinya datang Pasukan Pertahanan Awam memindahkan kami di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Gong Kapas. Hampir sebulan juga kami di pusat itu sehingga dipindahkan ke rumah panjang, Pantai Pandak.

Paip pam seperti ini di pasang beberapa kawasan di Kampung Tanjung untuk membekalkan air bersih kepada penduduk |

KINI : BERBUKA PUASA DI PESISIR PAYANG MENGADAP DRAWBRIDGE TERENGGANU
Dalam seminggu dua ni menjadi viral orang ramai berbuka puasa beramai-ramai di atas padang rumput Pesisir Payang. Berlatar belakangkan jambatan angkat dari arah Kuala Terengganu menjadikan viewnya sungguh indah. Terdapat beberapa buah bot kecil berlabuh di sisir muara menambahkan lagi nostalgik buat para perakam gambar.
![]() |
Berswafoto bersama isteri dan anak sulung beberapa minit sebelum berbuka puasa. |
Di bahagian hadapan dan berhampiran Pesisir Payang terdapat uptown yang menjual pelbagai jenis pakaian, makanan dan lain-lain. Para pengunjung tidak perlu membeli juadah di tempat lain kerana terdapat Bazar Ramadan yang jaraknya 100 meter dari tempat berbuka ramai-ramai ini.
![]() |
Anda tidak perlu membawa atau membeli makanan di tempat lain kerana Bazar Ramadan hanya terletak 100 meter sahaja dari tempat berbuka di Pesisir Payang |
![]() |
Turut serta ibu mertua dan ipar duai. Kami bertolak dari Kota Bharu jam 12.30 tengah hari. Selepas berbuka kami pulang semula ke Kota Bharu. |
Saya bersama beberapa ahli keluarga ipar duai datang ke sini dari Kota Bharu semata-mata untuk berbuka puasa. Kami membeli beberapa jenis juadah di Bazar Ramadan Shah Bandar. Manakala saya sebenarnya sudah membeli nasi padang lauk sotong dan limpa lembu berharga RM20.00 sebungkus di Jalan Banggol. Jangan terkejut dengan harganya itu sememangnya harga yang patut dikenakan untuk lauk sotong bersaiz besar. Beberapa hari lepas pun saya membeli seekor sotong mentah saiz sama berharga RM14.00. Itu yang mentah kalau dimasak tentu harganya lebih tinggi.
![]() |
Tempat menjadi pilihan orang ramai untuk berbuka outdoor. Menjelang Maghrib jumlahnya semakin bertambah hingga memenuhi segenap ruang kawasan berumput. |
Waktu berbuka puasa di Kuala Terengganu pada ketika itu adalah 7.17 minit malam. Tidak susah sebenarnya untuk menentukan waktu sudah berbuka atau tidak kerana kita hanya perlu mendengar bunyi meriam yang di tembak ke langit dari Bukit Besar.
Selesai berbuka, kami menunggu hingga jam 8.30 malam setelah kereta di ruangan parking mulai kurang. Sebelum itu sempat membeli beberapa barang-barang keperluan raya di Uptown Pesisir Payang. Kami tiba di Kota Bharu pada jam 12.00 malam.
Comments
Post a Comment