KELEBIHAN TRAVEL BERSAMA ANAK-ANAK KECIL

Seringkali kita ingin melakukan travel terutamanya ketika cuti panjang. Namun bukan semua orang mampu melakukannya atas beberapa faktor seperti kekangan kewangan, pengangkutan, komitmen pasangan yang berlainan karier, ketidakupayaan fizikal dan sebagainya. Kita pahat kisah di segenap ruang waktu agar ia diingati oleh orang yang melaluinya. Hidup berkeluarga hanya ketika anak-anak masih kecil. Kelak bila dewasa, mereka akan punya keluarga dan kehidupan sendiri - KLCC, Julai 2019 Mungkin salah satu halangan membuatkan kita berfikir panjang untuk travel adalah anak-anak kecil. Pengurusan anak-anak kecil ketika mengembara dilihat rumit kerana hampir 100% perlu ditangani oleh ibu bapa. Anak-anak ini semestinya dalam apa jua hal tidak mampu melakukannya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Namun saya tidak mahu bercerita tentang halangan-halangan tersebut tetapi sebaliknya mahu mengulas tentang kelebihan melakukan travel bersama-sama anak kecil. ...