KELEBIHAN TRAVEL BERSAMA ANAK-ANAK KECIL
Seringkali kita ingin melakukan travel terutamanya ketika cuti panjang. Namun bukan semua orang mampu melakukannya atas beberapa faktor seperti kekangan kewangan, pengangkutan, komitmen pasangan yang berlainan karier, ketidakupayaan fizikal dan sebagainya.
Mungkin salah satu halangan membuatkan kita berfikir panjang untuk travel adalah anak-anak kecil. Pengurusan anak-anak kecil ketika mengembara dilihat rumit kerana hampir 100% perlu ditangani oleh ibu bapa. Anak-anak ini semestinya dalam apa jua hal tidak mampu melakukannya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Namun saya tidak mahu bercerita tentang halangan-halangan tersebut tetapi sebaliknya mahu mengulas tentang kelebihan melakukan travel bersama-sama anak kecil.
Antara kelebihannya adalah :
1. PENGANGKUTAN CUKUP DENGAN SAIZ KELUARGA (SATU KERETA)
Sekiranya kita melakukan travel dengan anak-anak kecil sudah tentu kereta yang kita ada sekarang muat untuk semua ahli keluarga. Ruang dalam kereta masih selesa bagi setiap ahli yang ada. Contohnya Sekarang saya mempunyai empat orang anak kecil dan mereka muat untuk mereka duduk di seat belakang ketika travel. Jika sudah dewasa sudah tentu hanya dua tempat duduk sahaja boleh diisi bagi keselesaan travel dalam jarak yang jauh.
Barang-barang ketika anak-anak masih kecil juga tidak begitu banyak berbanding jika anak sudah dewasa. Buat masa sekarang pakaian anak-anak ini masih boleh berkongsi dalam satu bag berbanding jika mereka sudah dewasa sudah tentu setiap orang mempunyai satu beg kerana ingin membawa barang peribadi masing-masing. Pastinya ruang bagasi menjadi semakin sempit.
2. HARGA TIKET RENDAH
Harga tiket yang dikenakan ketika anak-anak masih kecil adalah rendah dan masih mampu untuk membayar bagi seluruh ahli keluarga yang bersaiz sederhana seperti saya. Tidak kiralah sama ada tiket untuk tambang pengangkutan seperti kapal terbang, feri, bas dan sebagainya ataupun fee masuk ke sesuatu tempat seperti taman tema, zoo dan lain-lain.
Biasanya kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk tiket masuk. Malah adakalanya yang umur lebih 2 tahun pun kadangkala tidak dikenakan caj bila ukuran tinggi tidak mencapai 90 cm. Contohnya ketika kami masuk ke Gambang Waterpark. Anak ketiga saya Aimy yang pada waktu itu berumur 4 tahun tetapi tidak perlu membeli pas masuk kerana tingginya masih rendah.
3. KOS MAKANAN MASIH RENDAH
Umumnya tahu kos ketika travel bersangkutan dengan tiga perkara iaitu pengangkutan, penginapan dan makanan. Travel ketika anak-anak masih kecil membolehkan makanan dimakan secara kongsi. Biasanya saya akan membeli set makanan dan minuman untuk tiga orang. Kemudian isteri akan agihkan makanan tersebut dengan pinggan lebih yang kami minta dari tuan punya warung. Tapi ada juga saya hanya order set untuk dua orang makan tetapi bergantung kepada selera anak-anak pada waktu itu.
Berbeza dengan anak sudah dewasa ketika travel akan mula inginkan makanan masing-masing kerana sudah ada selera tersendiri. Satu lagi. Tangki perut orang dewasa sudah besar jadi sudah tentu tidak cukup jika dikongsi-kongsi.
4. CUKUP SATU BILIK PENGINAPAN
Tempat penginapan yang selesa dan selamat penting ketika bertravel. Menjadi tabiat saya ketika mengembara tidak suka membuat tempahan awal kerana tidak mahu terikat dengan masa.
Setelah tiba di sesuatu tempat barulah saya akan bergerak dari satu hotel ke hotel yang lain untuk mencari bilik kalau-kalau ada yang kosong. Tidak kisahlah sama ada bilik itu kecil atau pun hanya mempunyai satu katil queen. Ini kerana bilik kecil itu sudah boleh memuatkan kami 6 beranak. Di waktu cuti sekolah kebanyakan bilik hotel penuh. Kalau ada pun hanya satu.
Selalunya receptionist akan bertanya berapa dewasa dan kanak-kanak. Ada hotel tidak membenarkan kita menyewa sekiranya terlalu ramai orang dewasa dalam satu bilik. Mahu tidak mahu terpaksa menyewa dua atau tiga bilik. Ini sudah tentu menambah kos menginap bukan.
5. HANYA ZAMAN KANAK-KANAK SEPANJANG MASA BERSAMA IBU BAPA
Kelebihan ini tidak dapat disangkal lagi. Zaman kanak-kanaklah peluang ibu bapa untuk merakam kenangan di tempat lain bersama-sama. Bila sudah dewasa nanti amat sukar untuk bertravel dengan seluruh ahli keluarga.
Yalah bila dewasa semestinya terikat dengan komitmen belajar ataupun kerja. Apatah lagi kalau mereka ini sudah berkahwin lagilah sukar. Jadi gunakanlah peluang sewaktu anak-anak masih kecil ini untuk melawat dan merakam kenangan manis bersama ketika mengembara di tempat orang.
6. MEMBERI PELUANG SUAMI MENJAGA DAN MENDEKATI ANAK-ANAK
Ketika travel inilah peluang bapa untuk menjaga anak-anak kecil. Atas faktor keselamatan mahu tidak mahu seorang bapa sudah pasti akan lebih fokus menjaga anak-anak terutama anak paling kecil.
Kalau di rumah biasanya anak-anak akan mencari dan selalu mendekati ibu mereka. Manakala si bapa hanya rilek-rilek sambil main telefon. Namun bila dalam travel suasana sebaliknya akan berlaku. Sebarang kelekaan ketika mengembara boleh membawa kejadian seperti anak hilang ataupun lemas ketika mandi-manda.
Semasa travel juga, masa untuk bapa bersama anak agak panjang (ketika memandu kereta). Selalunya saya mengambil peluang ini untuk berbual-bual dan bergurau senda dengan anak-anak. Seorang bapa harus mengambil masa terluang ini untuk menasihati anak-anak.
7. ANAK-ANAK DAPAT BELAJAR MEMBAWA DIRI (JAGA ADAB DAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI)
Travel merupakan satu proses pembelajaran untuk anak-anak sewaktu kecil. Semasa travel kita akan singgah di banyak tempat seperti kedai makan, masjid, rumah kenalan, saudara mara, pantai, kedai, mall dan sebagainya.
Sebelum singgah di sesuatu tempat saya akan berpesan dahulu kepada anak-anak supaya jaga kelakuan masing-masing. Contohnya ketika dalam masjid jangan membuat bising. Ketika di kedai makan, duduk di kerusi dan jangan berlari-lari. Jangan jadi orang darat.
Ketika di rumah orang jangan suka-suka masuk bilik. Jangan sentuh apa-apa barang dalam rumah. Namun lumrah kanak-kanak mudah lupa apa yang dinasihati. Sekurang-kurangnya mereka tidak keterlaluan.
![]() |
Hanya tiga bag digunakan untuk saya dan isteri serta 4 anak ketika trip 5 hari JOHOR - MELAKA - NEGERI SEMBILAN - KL/SELANGOR - PERAK - JOHOR pada Februari 2019 |
2. HARGA TIKET RENDAH
Harga tiket yang dikenakan ketika anak-anak masih kecil adalah rendah dan masih mampu untuk membayar bagi seluruh ahli keluarga yang bersaiz sederhana seperti saya. Tidak kiralah sama ada tiket untuk tambang pengangkutan seperti kapal terbang, feri, bas dan sebagainya ataupun fee masuk ke sesuatu tempat seperti taman tema, zoo dan lain-lain.
![]() |
Tambang Feri ke Pulau Pangkor RM5.00 untuk kanak-kanak dan RM14.00 untuk tiket Dewasa pergi dan balik. Dua anak saya tidak dikenakan tiket - TERMINAL FERI LUMUT, Februari 2019 |
Biasanya kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk tiket masuk. Malah adakalanya yang umur lebih 2 tahun pun kadangkala tidak dikenakan caj bila ukuran tinggi tidak mencapai 90 cm. Contohnya ketika kami masuk ke Gambang Waterpark. Anak ketiga saya Aimy yang pada waktu itu berumur 4 tahun tetapi tidak perlu membeli pas masuk kerana tingginya masih rendah.
![]() |
Isteri membuat bayaran tiket untuk menaiki 'lift' Menara Taming Sari. Untuk mendapatkan harga diskaun perlu menunjukkan Mykad dan Mykid - BANDAR HILIR, Februari 2019 |
3. KOS MAKANAN MASIH RENDAH
Umumnya tahu kos ketika travel bersangkutan dengan tiga perkara iaitu pengangkutan, penginapan dan makanan. Travel ketika anak-anak masih kecil membolehkan makanan dimakan secara kongsi. Biasanya saya akan membeli set makanan dan minuman untuk tiga orang. Kemudian isteri akan agihkan makanan tersebut dengan pinggan lebih yang kami minta dari tuan punya warung. Tapi ada juga saya hanya order set untuk dua orang makan tetapi bergantung kepada selera anak-anak pada waktu itu.
![]() |
Ikan pari bakar RM14.00, tonyam seorang makan RM4.00, kailan ikan masin RM4.00, nasi putih 2 pinggan, tea O ais 2 gelas dan secawan nes O panas untuk dikongsi 6 orang - ENDAU, JOHOR , Ogos 2019 |
![]() |
Ambil 1 set makanan bajet dah cukup - LOKASI ATOK CENDOL SUNGAI BESAR, SELANGOR. Februari 2019 |
Berbeza dengan anak sudah dewasa ketika travel akan mula inginkan makanan masing-masing kerana sudah ada selera tersendiri. Satu lagi. Tangki perut orang dewasa sudah besar jadi sudah tentu tidak cukup jika dikongsi-kongsi.
4. CUKUP SATU BILIK PENGINAPAN
Tempat penginapan yang selesa dan selamat penting ketika bertravel. Menjadi tabiat saya ketika mengembara tidak suka membuat tempahan awal kerana tidak mahu terikat dengan masa.
![]() |
Bilik Rumah Transit Kerajaan Kuala Lumpur mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single - Julai 2019 |
Setelah tiba di sesuatu tempat barulah saya akan bergerak dari satu hotel ke hotel yang lain untuk mencari bilik kalau-kalau ada yang kosong. Tidak kisahlah sama ada bilik itu kecil atau pun hanya mempunyai satu katil queen. Ini kerana bilik kecil itu sudah boleh memuatkan kami 6 beranak. Di waktu cuti sekolah kebanyakan bilik hotel penuh. Kalau ada pun hanya satu.
Selalunya receptionist akan bertanya berapa dewasa dan kanak-kanak. Ada hotel tidak membenarkan kita menyewa sekiranya terlalu ramai orang dewasa dalam satu bilik. Mahu tidak mahu terpaksa menyewa dua atau tiga bilik. Ini sudah tentu menambah kos menginap bukan.
5. HANYA ZAMAN KANAK-KANAK SEPANJANG MASA BERSAMA IBU BAPA
Kelebihan ini tidak dapat disangkal lagi. Zaman kanak-kanaklah peluang ibu bapa untuk merakam kenangan di tempat lain bersama-sama. Bila sudah dewasa nanti amat sukar untuk bertravel dengan seluruh ahli keluarga.
![]() |
Saya tidak pasti dapatkah lagi pergi travel bersama-sama semua ahli keluarga 10 - 15 tahun lagi. Wafiy tidak masuk gambar kerana dia yang snap gambar - PANTAI TELUK KETAPANG, TERENGGANU. Ogos 2019 |
Yalah bila dewasa semestinya terikat dengan komitmen belajar ataupun kerja. Apatah lagi kalau mereka ini sudah berkahwin lagilah sukar. Jadi gunakanlah peluang sewaktu anak-anak masih kecil ini untuk melawat dan merakam kenangan manis bersama ketika mengembara di tempat orang.
6. MEMBERI PELUANG SUAMI MENJAGA DAN MENDEKATI ANAK-ANAK
Ketika travel inilah peluang bapa untuk menjaga anak-anak kecil. Atas faktor keselamatan mahu tidak mahu seorang bapa sudah pasti akan lebih fokus menjaga anak-anak terutama anak paling kecil.
![]() |
Sudah menjadi kebiasaan mendukung anak paling kecil ketika membuat lawatan - CAMERON HIGHLAND, Ogos 2018 |
Kalau di rumah biasanya anak-anak akan mencari dan selalu mendekati ibu mereka. Manakala si bapa hanya rilek-rilek sambil main telefon. Namun bila dalam travel suasana sebaliknya akan berlaku. Sebarang kelekaan ketika mengembara boleh membawa kejadian seperti anak hilang ataupun lemas ketika mandi-manda.
![]() |
Seorang bapa tidak seharusnya leka ketika anak-anak mandi laut. Selalu perhatikan anak-anak dan suasana sekeliling supaya kejadian buruk dapat dielak - PORT DICKSON, Februari 2019 |
Semasa travel juga, masa untuk bapa bersama anak agak panjang (ketika memandu kereta). Selalunya saya mengambil peluang ini untuk berbual-bual dan bergurau senda dengan anak-anak. Seorang bapa harus mengambil masa terluang ini untuk menasihati anak-anak.
![]() |
Selalu dekat dengan anak-anak supaya dapat membantu tika berlaku kecemasan - TASIK KENYIR, Ogos 2015 |
7. ANAK-ANAK DAPAT BELAJAR MEMBAWA DIRI (JAGA ADAB DAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI)
Travel merupakan satu proses pembelajaran untuk anak-anak sewaktu kecil. Semasa travel kita akan singgah di banyak tempat seperti kedai makan, masjid, rumah kenalan, saudara mara, pantai, kedai, mall dan sebagainya.
![]() |
Selalu pesan kepada anak-anak kedai makan bukan tempat untuk bermain-main dan berlari-lari jangan jadi darat (seperti rusa masuk kampung) - PANTAI PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA, Februari 2019 |
Sebelum singgah di sesuatu tempat saya akan berpesan dahulu kepada anak-anak supaya jaga kelakuan masing-masing. Contohnya ketika dalam masjid jangan membuat bising. Ketika di kedai makan, duduk di kerusi dan jangan berlari-lari. Jangan jadi orang darat.
![]() |
Travel juga memberi pengalaman kepada anak-anak untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan adik beradik - LRT KUALA LUMPUR, Februari 2019 |
Ketika di rumah orang jangan suka-suka masuk bilik. Jangan sentuh apa-apa barang dalam rumah. Namun lumrah kanak-kanak mudah lupa apa yang dinasihati. Sekurang-kurangnya mereka tidak keterlaluan.
Oklah... cukuplah 7 kelebihan. Sebenarnya banyak lagi cuma saya yang malas nak meneruskan penulisan. Anda boleh rujuk lain-lain blog untuk tahu kelebihan lain..
Wassalam...
Wassalam...
Comments
Post a Comment