KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

BERAKTIVITI DI KEM KAIZEN GUNUNG PULAI Pada 19 hingga 21 September 2019, Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang telah mengadakan aktiviti 'perkhemahan' di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian Johor. Pintu masuk ke Kem Kaizen 2019 Kedudukan Kem Kaizen dari Kota Masai sebenarnya agak jauh. Jaraknya kira-kira 70 kilometer dengan masa yang diambil untuk ke sana lebih kurang 1 jam. Saya yang bertugas bagai Ketua AJK BBQ turut serta dalam aktiviti ini. Tambahan anak sulung saya iaitu Wafiy turut mengambil bahagian. Saya tiba di Kem Kaizen pada jam 6.00 petang, 20 September 2019 Tugas sebagai Ketua AJK BBQ saya pegang sejak melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah pada tahun 2016. Bermula dari tahun itulah setiap kali camping sekolah diadakan, saya akan membakar ayam-ayam untuk peserta dan guru bertugas. KEMUDAHAN TERDAPAT DI KEM KAIZEN Menurut cerita yang saya dengar Kem Kaizen sudah beroperasi lebih 20 tahun iaitu sejak tahun ...