KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

BERAKTIVITI DI KEM KAIZEN GUNUNG PULAI

Pada 19 hingga 21 September 2019, Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang telah mengadakan aktiviti 'perkhemahan' di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian Johor.

Pintu masuk ke Kem Kaizen 2019

Kedudukan Kem Kaizen dari Kota Masai sebenarnya agak jauh. Jaraknya kira-kira 70 kilometer dengan masa yang diambil untuk ke sana lebih kurang 1 jam. 

Saya yang bertugas bagai Ketua AJK BBQ turut serta dalam aktiviti ini. Tambahan anak sulung saya iaitu Wafiy turut mengambil bahagian.

Saya tiba di Kem Kaizen pada jam 6.00 petang, 20 September 2019

Tugas sebagai Ketua AJK BBQ saya pegang sejak melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah pada tahun 2016. Bermula dari tahun itulah setiap kali camping sekolah diadakan, saya akan membakar ayam-ayam untuk peserta dan guru bertugas.

KEMUDAHAN TERDAPAT DI KEM KAIZEN

Menurut cerita yang saya dengar Kem Kaizen sudah beroperasi lebih 20 tahun iaitu sejak tahun 90-an lagi. Dengan usianya begitu sudah tentu kita dapat bayangkan sedikit sebanyak keadaan dan kemudahan yang disediakan. 

Banyak kemudahan telah dibina oleh pengurusan kem. Malah ada kemudahan-kemudahan sedia wujud sejak dari awal pembinaannya. Walaupun sebahagiannya sudah uzur tapi masih boleh dan sesuai digunakan. 

Kemudahan-kemudahan terbina juga sesuai dengan kegunaannya sebagai pusat bagi aktiviti-aktiviti lasak bagi projek pembentukan sahsiah diri. Antara kemudahan yang disediakan ialah : -

1. Tempat Tidur

Tempat tidur yang disediakan di kem ini adalah jenis separa kekal iaitu berdinding kayu dan berlantai simen. Manakala atap menggunakan zink. Ia dibina secara berkembar. Banyak juga rumah penginapan begini disediakan dan saya rasa ia boleh menampung kira-kira 250 - 300 peserta dalam satu-satu masa.


Tempat penginapan

Dalam rumah penginapan terdapat tilam dan dua tandas

2. Dewan Serbaguna

Terdapat juga beberapa dewan dibina. Ada yang terbuka dan ada tertutup. SK Kota Masai memilih untuk menggunakan dewan terbuka. Tapi dewan ini terletak di bahagian paling belakang dan atas bukit.

Dewan terbuka

3. Dewan Makan

Terdapat sebuah dewan makan yang mampu menampung antara 200 - 250 orang dalam satu-satu masa.

Murid-murid SK Kota Masai sedang menjamu selera di Dewan Makan Kem Kaizen

4. Surau

Terdapat sebuah surau yang terletak di atas bukit berhampiran rumah penginapan. Surau ini boleh menampung jemaah yang ramai juga. Terdapat seorang imam yang ditugaskan oleh pengurusan Kem Kaizen untuk mengimarahkan surau ini.


Hud gigih mendaki anak tangga surau Kem Kaizen

5. Trek Aktiviti

Banyak stesen aktiviti yang dibina oleh kem untuk tujuan aktiviti lasak  dan outdoor. Saya menjangkakan lebih 10 stesen atau halangan. Sebahagiannya tidak dapat saya snap sebab saya perlu menempuh halangan air paya untuk ke sana. Gambar di bawah yang sempat saya snap.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5


20 SEPTEMBER 2019 ( JUMAAT).

Seperti biasa aktiviti barbeku, diadakan pada hari Jumaat ketika peserta mengadakan persembahan untuk malam kebudayaan. Jika pada tahun-tahun sebelum ini, saya dan Cikgu Roslan Mali akan membeli bahan mentah di waktu pagi tapi pada kali ini tugas tersebut telah dilakukan oleh Cikgu Zulkifli (GPK Koko) sekolah saya. Jadi saya pada hari itu, saya dan Cikgu Roslan hanya pergi ke tapak kem hanya membawa peralatan untuk memasak sahaja. 

Team BBQ memulakan aktiviti dapur sejak 6.30 petang lagi

Turut serta dalam perjalanan kami ke Kem Kaizen ialah Ustaz Wan Najib. Biasanya saya dengan Cikgu Lan sahaja. Sebab lokasinya agak jauh, Ustaz Wan Najib tak mampu ke sana kerana mempunyai masalah memandu pada waktu malam.

Kami bertolak dari SK Kota Masai pada jam 4.30 petang. Saya memilih laluan Lebuhraya Senai - Desaru kerana laluan ini tidak mempunyai risiko untuk terperangkap dalam kesesakan. Cuma laluan ini kos perjalanan agak tinggi kerana jaraknya lebih jauh dan perlu membayar tol lebih kurang RM11.00.


Sempat bergambar di pintu masuk Kem Kaizen

Kami tiba di Kem Kaizen pada jam 6.00 petang. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di sini. Kem ini terletak di kawasan perkampungan pinggir Gunung Pulai. Kem ini dibina di sebahagian kawasan kebun sawit. Jalan masuk ke kem ini sudah rosak kerana jalan tarnya sudah pecah. Namun jalan yang rosak ini hanyalah sekitar 100 - 150 meter dan kenderaan kecil dan besar masih boleh memasukinya.

Kali ini agak janggal juga sebab menu untuk BBQ bukanlah barbeku dalam erti kata yang sebenar. Menu yang kami buat pada malam itu adalah Chicken Chop. Menyediakan menu gorengan seperti ini memerlukan masa penyediaan yang lama serta peralatan yang banyak. Bayanglah perlu ada dapur, tong gas, kuali besar, besen kecil, besen besar dan lain-lain lagi. Nasib baiklah pengurusan kem dapat meminjamkan peralatan yang kami tidak bawa atau cukup.

Walaupun Chicken Chop digoreng menggunakan kuali besar namun tetap mengambil masa yang lama kerana kuantitinya agak banyak

Kalau menu bakar-bakar bahan dan peralatan digunakan tidak banyak. Masa diambil pula tidak berlarutan. Hanya sekitar 2 jam sahaja berbanding dengan menggoreng yang mengambil masa 4 hingga 5 jam.

Mee hot plate yang disediakan oleh Cikgu Zulkifli memang power

Team BBQ buat kerja sambil makan - makan

Team BBQ memulakan 'kerja-kerja dapur' bermula jam 6.30 petang lagi dan ianya selesai pada jam 10.30 malam. Antara menu yang kami sediakan pada malam itu adalah karipap goreng, mee hot plate dan menu utama Chicken Chop untuk disajikan kepada 83 murid dan 50 orang guru bertugas serta tetamu lain.

Team BBQ menghidang Chicken Chop untuk para peserta

Setelah selesai menggoreng, menghidang dan mencuci peralatan, Saya, Cikgu Roslan dan Ustaz Najib pulang ke rumah pada jam 10.40 malam. Waktu pulang saya memilih laluan Pekan Nenas - Gelang Patah - Perling - Lebuhraya Pasir Gudang. Kami tiba di sekolah pada jam 12.00 malam.

21 SEPTEMBER 2019 ( SABTU)

Keesokkan harinya, saya pergi lagi ke Kem Kaizen ini. Kali ini saya pergi bersama isteri dan anak-anak. Kami bertolak pada jam 9.30 pagi. Sekali lagi saya memilih laluan Lebuhraya Desaru - Senai.

Sebelum tiba di Kem Kaizen, kami singgah di Warung Anjung Food. Warung ini terletak di Jalan Sawah berhampiran Kampung Sepakat Jaya. Menu istimewa bagi warung ini adalah gulai kawah Johor Style. Saya mencuba berapa jenis lauk yang dijual di warung ini.


Warung Anjung Food yang menyediakan menu gulai daging kawah


Gulai daging kawah Johor style menjadi pilihan pelanggan di sini

Semangkuk gulai daging, ikan kukus daun kayu, seekor keli goreng, 3 nasi putih, 1 teh o ais, 1 asam boi, ais limau, sepotong nenas berharga RM32.00

Ikan kukus daun kayu bagi yang suka masakan herba style.

Setelah siap makan, saya bergerak semula menuju Kem Kaizen. Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai di situ. Sewaktu tiba peserta-peserta kem dari SK Kota Masai sedang melakukan jungle tracking dan menempuh laluan berhalangan.

MURID MELAKUKAN AKTIVITI REMPUH HALANGAN 

Aktiviti utama setiap kali perkhemahan adalah ujian merempuh halangan bagi menguji daya tahan diri murid seterusnya melawan rasa takut dengan cabaran yang dilalui.

Saya melihat banyak juga cabaran yang peserta perlu atasi di setiap stesen. Sebagaimana yang saya beritahu dalam perenggan awal terdapat lebih daripada 10 stesen yang menguji para peserta di kem ini. Setiap stesen mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.


Berjalan di pancuran air setelah aktiviti hampir selesai

Wafiy baris kedua dari kanan dan duduk di baris kedua 

Berlari mengikut lubang tayar

Menyusup masuk ke dalam halangan berlumpur dan berkawat 

Belajar menahan diri dengan kuasa alam 

Peserta MRSM menyeberang air menggunakan tali gayut

Peserta MRSM menyeberang menggunakan buai tayar. Saya tak sempat ambil gambar peserta SKKM kerana ia dibuat sebelum saya tiba

Peserta MRSM juga

Meniti atas jambatan tali (MRSM)

Titian papan (MRSM)

Usaha mengatasi halangan

Antara stesen yang paling mencabar 

Berendam dalam air

Menyeberang sungai menggunakan tali

Peserta SK Kota Masai melakukan formasi akronim sekolah dalam air

TAMAT PROGRAM

Ujian merempuh halangan pada hari itu tamat pada 11.50 pagi. Selepas itu para peserta masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Kemudian pada 12.30 mereka berkumpul di dewan bagi acara penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutup oleh Guru Besar SK Kota Masai, Tuan Haji Zainuddin.


Majlis perasmian penutup di dewan terbuka

Famili saya menunggu di sebuah pondok sementara menanti acara selesai

Peserta SKKM menikmati makan tengah hari sebelum menaiki bas untuk pulang

Setelah tamat program, para peserta program SKKM solat zohor sebelum makan tengah hari. Jam 2.30 petang mereka menaiki bas untuk pulang ke SK Kota Masai. Manakala saya pula, selepas Wafiy makan tengah hari, saya mengambilnya untuk pulang bersama-sama pada jam 2.00 petang.

Tamat.....

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.


Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA