TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU : RONDA-RONDA SEKITAR PULAU RAMA-RAMA, TASIK KENYIR

Assalamualaikumn w.b.t dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian. Bergambar di Pulau Rama-rama, Tasik Kenyir Terdapat 2 - 3 replika rama-rama untuk para pengunjung bergambar Semalam (22 Ogos 2020), saya berkesempatan bersama keluarga berlibur-liburan di Tasik Kenyir. Rancangan awal saya adalah untuk membawa anak-anak mandi-manda di Kenyir Water Park. Jadi kami bertolak pada jam 8.30 pagi dari Hotel Chukai Utama melalui jalan pantai. Sengaja saya menggunakan jalan pantai kerana di sepanjang laluan ini, banyak tempat yang boleh kita singgah. Kedai makan pun banyak. Namun begitu jalan ini agak jauh berbanding jalan Jerangau - Ajil untuk ke Tasik Kenyir. Di dalam bilik Hotel Cukai Utama, Kemaman sebelum checkout untuk bertolak ke Tasik Kenyir Perjalanan pagi agak lancar walaupun banyak kenderaan berplat 'luar' turut sama bergerak menuju ke arah Kuala Terengganu. Ternyata cuti sekolah pertengahan penggal kedua memberi peluang kepada warga Malaysia untuk melakukan ...