SUNGAI PINANG BESAR - PANTAI PASIR BOGAK (6 KM)
 |
Sepupu saya yang masih usia kanak-kanak bermain dengan anak-anak saya ketika berkelah di Pantai Pasir Bogak |
MELAWAT KILANG SATE IKAN
Kota Belanda di Teluk Gadong yang terletak kira-kira 6 kilometer dari rumah Pak Su dan 3 KM dari Pekan Pangkor. Di sini terdapat sebuah kubu lama yang sebenarnya sebuah gedung yang dibina oleh Belanda pada tahun 1670 yang bertujuan sebagai tempat menyimpan bijih timah dari Negeri Perak. Kota ini telah musnah apa diserang oleh Pembesar Melayu Perak yang diketuai oleh Panglima Kulup pada 1690. Kemudian dibina semula oleh Belanda di awal abad ke 18. Ia kemudian ditinggalkan oleh Belanda sehingga pihak Muzium Negara memulihkan gedung ini pada 1973. Kami berada di sini hanyalah dalam 15 minit untuk melihat kawasan sekitar serta membaca beberapa info sejarah terdapat di situ. Bagi anda yang berminat dan suka mengkaji sejarah bolehlah datang ke kota ini yang tertelak di Teluk Gadong.
 |
Kota Belanda di Teluk Gadung dibina Belanda pada tahun 1670 sebelum dimusnahkan pada 1690 oleh Panglima Kulup |
 |
Booth jualan di Kota Belanda yang menjual minuman dan makanan ringan serta barangan cenderamata |
 |
Pusat Kraf Aishah yang menjual pelbagai jenis cenderamata di Kota Belanda, Teluk Gadong, Pulau Pangkor |
 |
Kenangan Wafiy di Kota Belanda Kampung Teluk Gadong, Pulau Pangkor pada 6 Februari 2019 |
Pada pukul 2.00 petang kami ingin pulang ke rumah Paksu Isa tetapi kereta sewa saya itu tiba-tiba mati dan tidak dapat dihidupkan. Tuan penyewa telah berpesan kepada saya, jika kereta tidak hidup goncang-goncang beteri dan ketuk-ketuk apa yang patut agar kereta itu hidup. Saya lakukan seperti yang dipinta tetapi tetap tidak hidup. Untuk pengetahuan pembaca keadaan sebegini adalah biasa bagi dihadapi oleh penyewa-penyewa kereta di Pulau Pangkor kerana keretanya tidak terjaga serta uzur. Ditambah pula keadaan mukabumi berbukit-bukit di pulau ini. Lebih kurang 10 minit juga menunggu, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menutup aircond kemudian menghidupkan injin kereta mujur ia hidup. Saya terus pulang ke Sungai Pinang Besar kerana paksu berpesan pulang sebelum pukul 2.00 kerana kita akan ke Pantai Pasir Bogak untuk berkelah.
BERKELAH DI PANTAI PASIR BOGAK
Semasa kami sampai di rumah paksu pagi tadi, beliau sempat berpesan supaya kami jangan makan apa-apa kerana maksu sedang masak makanan untuk perkelahan keluarga di Pantai Pasir Bogak. Oleh itu, tiba sahaja di rumah paksu kami sekeluarga menyalin pakaian mandi laut (pakaian sukan) sambil itu saya pula solat jamak zohor dan asar.
 |
Paksu, maksu dan anaknya memasukkan makanan yang menjadi bekal perkelahan kami di Pantai Pasir Bogak |
 |
Tempat perkelahan kami diteduhi oleh pokok ketapang yang rendah. Di situ terdapat sebuah wakaf yang di bina oleh Majlis Daerah Manjung |
Kira-kira 2.40 petang kami bergerak ke Pantai Pasir Bogak bersama-sama sepupu saya iaitu anak Pak Su dengan kereta kancil yang saya sewa. Setibanya di sana Pak Su memilih satu tempat yang teduh di sebuah wakaf di tepi pantai. Tak sangka pada hari itu Pak Su menjemput ibu dan bapa saudara saya yang lain berkelah di pantai itu. Ia memberi peluang kepada saya dan keluarga berjumpa setelah bertahun-tahun tak jumpa. Rasa seronok berkelah Pada hari itu dengan lauk pauk yang banyak disediakan oleh Maksu. Begitu juga dengan satu menu istimewa yang dimasak oleh mak andak iaitu cucur teritip. Rasanya sungguh sedap dan enak.
 |
Nasi bersama kari ikan dan ikan bakar serta sayur-sayuran yang dimasak oleh maksu. Menu istimewa adalah cucur teritp yang disediakan oleh mak andak (sedang duduk). Kesegaran ikan memang tiada tandingan....superb |
 |
Ralit makan sambil tengok anak-anak mandi laut |
Teritip sejenis tiram batu banyak terdapat di kawasan pantai di Pangkor. Arwah ibu saya sering menceritakan kehidupannya sewaktu kecil dan remaja yang banyak dihabiskan dengan mencari teritip sama ada untuk dimakan ataupun dijual di sekitar Pantai Teluk Dalam dan Pantai Pasir Bogak.
 |
Pakcik suami Makcik Fatimah (pakai cap), Mak andak (riba Azzahra cucu paksu), Makcik Fatimah Siron, Paksu Isa Siron dan Maksu (tak nampak muka tu). Mereka adalah ibu dan bapa saudara saya. Adik beradik dan ipar duai arwah ibu saya Jamaliah Siron (anak sulung). Masih ada adik beradik lain. |
 |
Sepupu saya iaitu anak-anak Paksu Isa |
 |
Semoga anak-anak saya mengenali datuk-datuk dan nenek-nenek saudara mereka ini bila besar nanti |
Anak-anak saya tidak melepaskan peluang untuk mandi laut. Berbanding dengan laut di tempat lain, air laut di sini jernih dan bersih. Bayangkan anak anak mandi laut bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Iaitu sepanjang kami berada di pantai itu. Mereka nampak rasa seronok dapat berkawan dengan sepupu-sepupu saya yang masih kecil itu.
 |
Ilya sepupu saya (anak paksu), anak pak andak bermain pasir dengan Ismah, Aimy dan seorang lagi mak sepupunya. |
 |
Hud didukung oleh pak sepupunya Ilya mandi laut bersama Ismah |
Perkelahan bersama sanak saudara di Pulau Pangkor membolehkan saya bertanya khabar tentang perkembangan kehidupan mereka disamping mengenali ahli keluarga yang baru (Az Zahra cucu Paksu). Saya juga ramai sepupu di Pulau ini tapi tidak begitu kenal kerana kebanyakan daripada mereka adalah generasi yang lahir selepas tahun 2000. Malah yang lahir tahun 90-an pun saya tidak berapa kenal. Boleh dikatakan sepupu-sepupu yang lahir selepas datuk saya iaitu Tokwan Siron meninggal dunia saya tidak mengenali.
 |
Paksu Isa merupakan adik bongsu ibu saya Jamaliah Siron. Seingat saya usia paksu 3 tahun lebih tua dari saya. Setahun lebih muda dari kakak sulung saya Amnah. Setahun lebih tua daripada kakak kedua saya Anita (Dah) |
 |
Riang mereka bermain di gigi air Pantai Pasir Bogak |
Setelah puas mandi dan makan-makan kami pun balik dari berkelah pada pukul 7.00 minit malam. Setibanya di rumah saya membilaskan badan dengan air paip. Selepas itu solat. Malam itu kami tak pergi ke mana-mana hanya tidur sahaja kerana saya keletihan.
 |
Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 3 KM dari pekan Pangkor |
Sekian, ada sambungannya....
Jangan lupa untuk klik link di bawah untuk membaca Kembara Hud Bersaudara 2019 sejak dari awal bermula dari Tanjung Piai hingga ke Pangkor.
1.
Ke Hujung Dunia (Tanjung Piai, Johor) - Bahagian 1
2.
Pasar Karat Rengit, Johor - Bahagian 2
3.
Membeli kerepek di Azhar Food, Rengit, Johor - Bahagian 3
4.
Bermalam di Muar, Johor - Bahagian 4
5.
Dari Melaka hingga ke Port Dickson - Bahagian 5
6.
Dari Port Dickson ke Kuala Lumpur - Bahagian 6
7.
Sogo Kuala Lumpur - Bahagian 7
8.
Kuala Lumpur - Menara Condong Teluk Intan - Lumut - Bahagian 8
9.
Bermalam di Lumut - Bahagian 9
10.
Menaiki Feri Pangkor - Bahagian 10
Comments
Post a Comment