HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 5 : MELALUI BECA GERGASI MUAR, BANDAR HILIR, PANTAI PENGKALAN BALAK DAN PORT DICKSON

BANDAR MAHARANI - PORT DICKSON (135 KM)

Replika Beca Gergasi di Kesang, Muar, Johor sempadan Johor - Melaka

BANDAR MAHARANI, 4 Februari 2019 - Kami check out Hotel pada pukul 8.00 pagi kemudian kami bergerak menuju ke Melaka melalui Jalan pintasan ke Sungai Rambai singgah di Taman Seri Terap untuk bersarapan di sebuah warung. Saya mengambil sarapan nasi lemak berlaukkan telur sambal dan daging rendang manakala isteri mengambil sarapan kuetiau goreng dicampur dengan mi goreng. Saya mengenakan teh tarik antara dua anak saya saya memesan teh o ais manakala isteri hanya minum air suam sahaja.

Bersarapan di sebuah warung berhampiran Taman Seri Terap tepi laluan pintasan ke Melaka.

Jambatan Muar yang kami lalui menuju ke Sempadan Melaka

Selepas bersarapan saya memandu kereta menuju arah Sungai Rambai Melaka melalui Jalan pintasan Bandar Maharani-Jalan Tangkak. Sempadan yang memisahkan antara Johor dan Melaka adalah sebatang Sungai. Di situ terdapat sebuah Replika Beca Gergasi terletak di sebelah negeri Johor. Saya kurang pasti sama ada beca tersebut dibina oleh Majlis Perbandaran Muar ataupun Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya bersejarah kerana umum tahu sinonim beca adalah dengan negeri Melaka.

Replika Beca Gersasi yang terdapat di sebuah RnR terbengkalai Sempadan Johor - Melaka (Kesang - Sungai Rambai) 

REPLIKA BECA GERGASI DI RNR KESANG YANG TERBIAR

Saya tiba di sempadan Johor-Melaka iaitu Sungai Rambai kira-kira jam 9.20 minit pagi. Terpesona dengan replika beca gergasi saya memberhentikan kenderaan kemudian mengambil beberapa foto keluarga di situ. Replika beca ini terletak dalam kawasan RnR Kesang yang kelihatan seperti terbiar dan sudah tidak beroperasi. Kemudian kami melintasi Sungai Rambai menuju ke Merlimau. Saya memilih laluan Merlimau kerana itu merupakan jalan pantai. Di sepanjang laluan ini terdapat banyak rumah di kiri kanan jalan. Dari segi rekabentuk rumah ia adalah milik orang Melayu. Apa yang saya perhatikan juga di sepanjang jalan begitu banyak masjid. Jadi ia memudahkan pengembara seperti saya untuk singgah solat ataupun berehat.

Sungai Rambai kawasan Negeri Melaka jarak 100 meter dari replika beca gersasi RnR yang terbiar di Kesang

Lebih kurang jam 9.50 pagi kami tiba di Umbai. Kawasan ini sememangnya terkenal dengan hidangan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Umbai tetapi pada waktu ini Medan ini ditutup mungkin operasinya pada waktu malam. Kami berhenti berehat di situ seketika memandangkan kawasan itu merupakan kawasan tepi laut. Mengadap di hadapan Laut Umbai adalah Pulau Besar. Air laut di sini agak tenang. Terdapat beberapa orang sedang memancing. Manakala anak-anak saya pula bermain skuter di sebuah gelanggang futsal terbuka. Hud pula nyenyak tidur di dalam kereta. Setengah jam (hingga 10.30 pagi) berehat di situ, kami teruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka melalui Jalan Telok Mas.

Medan Ikan Bakar Umbai dan berurusniaga pada waktu malam
Mengambil kesempatan membetulkan urat badan di Pantai Umbai manakala anak-anak melepaskan kebosanan mereka dengan bermain dengan skuter di sebuah gelanggang futsal

BANDA HILIR, BANDARAYA MELAKA

Pada jam 11.00 pagi Kami tiba di hadapan Menara Taming Sari, Plaza Mahkota Bandar Hilir Melaka. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kami datang ke Bandar Hilir malah pada cuti tahun baru Cina juga seperti tahun lalu. Tapi pada kali ini kami mencuba lif Menara Taming Sari. Sebanyak-banyak RM67.00 dibayar oleh isteri bagi harga tiket setelah mendapat diskaun sebagai warganegara Malaysia tetapi perlu meninggalkan kad pengenalan dan MyKid bagi kanak-kanak. Anak saya yang kecil Hud Naufal tidak dikenakan bayaran kerana masih berumur 2 tahun. Pengalaman menaiki lif Menara Taming Sari agak mendebarkan juga kerana sedikit gayat. Saya pula berasa pening kepala kerana ia berpusing sebanyak dua kali walaupun secara perlahan tapi terasa peningnya.

Memarkir kenderaan di hadapan Kompleks Menara Taming Sari
Isteri membeli tiket menaiki Menara Taming Sari. Jangan lupa membawa kad pengenalan
dan MyKid untuk mendapatkan harga diskaun warganegara
Rasa gayat dan pening ketika lif menara berpusing sebanyak dua kali

Selepas itu kami berehat sebentar di sebuah padang di sebelah Menara Taming Sari itu. Oleh kerana cuaca di situ redup kerana pohon besar menutupi kawasan sekitar. Di situ juga terdapat playground untuk membolehkan anak-anak saya bermain seketika sambil saya dapat berehat. Lebih kurang 20 minit kemudian kami bergerak ke Kota A Famosa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di situ bagi tahun 2019.

Di belakang adalah kapal terbang yang dinaiki Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj sewaktu pulang dari Rundingan Kemerdekaan dengan British di London
T-Rex 'menggigit' Hud Naufal di Banda Hilir (Jalan menuju Kota A Famosa)

Mari kita bedil Alfonso de Albuquerque wahai anakku
Bergambar di sebuah Globe Pahlawan Mall 

Pada pukul 12.00 tengah hari Perut terasa lapar anak-anak pula mengadu kehausan. Kami makan tengah hari ini komplek Dataran Pahlawan. Di Situ terdapat warung yang menjual makanan tradisional Melaka seperti asam pedas dan ikan bakar. Dalam Kompleks itu juga terdapat peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis t-shirt dan cenderamata yang boleh dibeli oleh para pengunjung.

Makan tengah hari bermenukan asam pedas ikan pari makan bersama telur
 masin dan kerabu mangga di Dataran Pahlawan
Di Pintu masuk Dataran Pahlawan. Dataran Pahlawan terletak betul-betul
di hadapan Menara Taming Sari (seberang jalan)

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari kami bergerak keluar dari Bandar Hilir. Kali ini saya ke Port Dickson melalui Jalan Sungai Udang. Melalui jalan ini kita akan bertemu Pantai Klebang yang terkenal dengan Coconut Shake dan air jagung. Tapi saya tak berhenti di sini Kerana baru sahaja selesai makan tengah hari. Tiba di Tanjung Kling, saya singgah di sebuah masjid untuk solat dan mandi kan Hud dan Aimy tambahan pula pada waktu itu Aimi memang sakit perut untuk buang air besar. Di situ kami mengambil peluang menopup air kerana di Situ terdapat sebuah mesin penapis air disediakan oleh jawatankuasa masjid.

Terdapat banyak gerai menjual belacan dan cincaluk di sepanjang jalan Pantai Klebang menuju Tanjung Keling

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami bergerak semula menuju ke Port Dickson melalui Jalan Sungai Udang. Di kiri dan kanan Jalan terdapat rumah rumah kampung Melayu. Saya memilih laluan jalan Pantai kerana mahu lebih santai. Kemudian apabila tiba di Kampung Pulau Semut saya mengambil Simpang sebelah kiri kerana di situ terletaknya Pantai Pengkalan Balak. Boleh juga mengambil jalan terus kerana di hadapan kita akan berjumpa Masjid Tanah.

Berhenti solat di Masjid Tanjung Keling sambil memandikan Hud dan Aimy

Zaman kanak-kanak adalah zaman mereka banyak bermain untuk bereksplorasi

PANTAI PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA

Kami tiba di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah pada pukul 2.30 petang. Tujuan saya masuk ke Pantai Pengkalan Balak adalah untuk meninjau-ninjau kawasan serta mencari makanan untuk Hud yang mengamuk kelaparan sepanjang perjalanan. Suasana di Pantai Pengkalan Balak pada ketika itu agak sesak dengan kehadiran pelawat. Agar sukar juga mencari tempat letak kereta yang masih kosong ditambah dengan jalan yang agak sempit. Manakala keadaan pantai di sini juga agak bersih dan cantik. Terdapat gerai dan warung menjual makanan dan minuman. Cuaca pada harin itu sangat panas dan memedihkan kulit. Terdapat sebuah warung yang ramai pelanggan. Mungkin makanan yang disediakan sedap ataupun murah. Kami teringin untuk mencubanya. Saya meletakkan kereta dibirai jalan sebelah pantai untuk pergi ke warung tersebut. Saya memesan nasi ayam untuk Hud, Laksa penang untuk anak-anak yang lain manakala untuk saya cendol.Sambil-sambil makan anak-anak saya meminta izin untuk mandi manda di pantai tetapi saya tidak mengizinkan kerana cuaca amat panas di pantai sebalik saya berjanji kepada mereka untuk mandi laut di Pantai Port Dickson bila sampai di sana pada lewat petang. Berbalik pada makanan tadi, rasa cendol dan laksa penang agak enak manakala nasi ayam memang sedap. Selesai makan kami beredar dari warung tapi masih tidak boleh keluar dari kawasan pantai kerana sebuah kereta telak memblok kereta saya. 20 minit menunggu pemilik tidak berkunjung tiba, isteri bertanya sorang kepada pelanggan warung tapi masih tiada tuannya. mujur ada seorang abang membantu memberi panduan mengalihkan kenderaan dan berjaya keluar. Pukul 3.40 petang kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson.

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka
Nampak sama tapi tak serupa (maksud saya yang belakang tu)
Ismah ralit dengan laksa penang Pantai Pengkalan Balal yang dimakannya
Alhamdulillah tadi buat ragam kerana menahan lapar tapi sekarang dah dapat makan nasi ayam  Pantai Pengkalan Balak
Cendol basic seperti ini lebih enak berbanding yang banyak eksesori

PANTAI PORT DICKSON

Pukul 5.00 petang kami sampai di Pantai Port Dickson kami memasuki kawasan pantai di situ kelihatan banyak kereta yang parking di dalamnya serta banyak khemah didirikan. Pelawat yang keluar dan masuk silih berganti. Saya rasa pengunjung yang berkelah dan berkhemah di sini kebanyakannya dari warga Kuala Lumpur yang mengambil peluang bersantai bersama keluarga pada hari cuti.

Berehat di bawah pokok rhu Pantai Port Dickson

Ramai pengunjung yang berkhemah pada hari cuti umum dan cuti hujung minggu

Terdapat perkhidmatan menyewa khemah bagi pengunjung yang tidak membawa. Bayaran yang dikenakan adalah RM40.00 - RM50.00 bagi sebuah khemah yang memuatkan 4-5 orang. Selain itu terdapat tandas yang boleh digunakan oleh pengunjung dan ia dibuka 24 jam. Tapi kita mesti berhati-hati kerana kejadian curi barang-barang dalam khemah kerap berlaku. Sebaiknya barang-barang berharga diletak didalam kenderaan.

Antara khemah dari ratusan khemah didirikan di Pantai Port Dickson, Suatu hari nanti saya merancang untul camping di sini pada hari cuti. Sungguh seronok melihat aktiviti perkhemahan beramai-ramai ini.

Berbalik kepada keluarga, anak saya yang tiga orang ini memang obses dengan air pantang jumpa air laut atau air kolam memang mereka teruja untuk mandi manda. Sebenarnya telah meminta untuk mandi laut semasa singgah di pantai Pengkalan Balak Melaka 3 petang tadi tapi saya memberitahu jangan mandi di sini kerana cuaca masih panas dan saya berjanji akan bawakan mereka ke Pantai Port Dickson untuk mandi manda. Keadaan cuaca masa itu masih lagi panas memandang matahari turun ke arah laut. Saya menenangkan anak-anak supaya bersabar sedikit masa lagi sementara menunggu cuaca redup. Pada masa yang sama, kami makan makanan ringan yang dibawa serta berehat dibawah pokok rhu yang rendah berlapikkan canvas nipis yang kami bawa. Bila cuaca dah redup dan kurang panas, saya menemani anak-anak mandi laut.

JANGAN LEKA : Memerhati anak-anak sedang mandi laut di Pantai Port Dickson
Budak darat baru jumpa air dan pasir
'Anak laut' selamanya tetap 'anak laut'. Darah yang mengalir dari tubuh mereka asal keturunan nelayan dan anak laut

Keadaan di pantai ini tidaklah cantik kerana pasir pantainya tidak memutih seperti pantai-pantai yang terdapat di timur semenanjung Malaysia tetapi bagi saya tarikan utama warga Kuala Lumpur berkelah dan berkhemah di sini kerana ia satu satunya pantai yang paling hampir dengan Lembah Klang maksud saya pantai yang mempunyai pasir. Bila pantai mempunyai pasir maksudnya pantai tersebut sesuai untuk mandi-manda. Umum kita tahu kebanyakan pantai-pantai di Barat semenanjung berlumpur kerana kebanyakannya ditumbuhi oleh hutan paya bakau jadi tidak begitu sesuai untuk orang ramai mandi manda tambahan airnya agak busuk.

Setelah puas mandi-manda, saya mengarahkan anak-anak membilas tubuh dengan mandi di tandas yang disediakan di pantai itu. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1.00 untuk mandi manakala 50 sen untuk membuang air. Bila selesai semuanya menyalin pakaian kami bertolak ke Kuala Lumpur.

sekian....bersambung.




Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA